Facebook Akan Tukar Nama?
Jika dahulunya Facebook hanya merupakan laman bersosial di atas talian seperti Frienster dan Myspace. Namun populariti Facebook berkembang dan sehinggakan ianya mampu membeli platform lain seperti Instagram, WhatsApp dan Oculus untuk bernaung di bawahnya.
Mark Zuckerberg pada Julai lalu memberitahu bahawa mereka bukan sahaja menjadi penyedia platform sosial media untuk pengguna berhubung secara maya, malah mereka kini bergerak ke arah mencipta sebuah ‘metaverse’.
Baca juga: Cara Delete Akaun Facebook Lama Yang Dah Lupa Password
Berikutan perkembangan syarikat itu, pemegang saham terbesar syarikat tersebut, Mark Zuckerberg mengumumkan akan membuat penjenamaan semula Facebook Inc. di persidangan Connect yang bakal berlangsung pada 28 Oktober ini.
Penjenamaan Facebook ini dilihat akan menjadikan platform media sosial Facebook akan diletakkan seiring dengan dengan platform teknologi yang lain seperti Instagram, WhatsApp, Oculus dan sebagainya di bawah satu naungan syarikat yang baharu.
Baca juga: Kerajaan Bakal Laksanakan Identiti Digital Nasional Elak Penipuan
Sebelum ini, Syarikat Google juga telah melakukan perkara yang sama ketika di bawahnya terdapat sejumlah besar syarikat-syarikat yang dilihat mempelopori pelbagai jenis teknologi.
Syarikat Alphabet ditubuhkan menjadi syarikat penaung Google dan syarikat-syarikat lain yang bernaung di bawah Google sebelum ini. Penjenamaan ini adalah salah satu cara untuk memastikan Google kekal dengan fokusnya untuk menawarkan perkhidmatan atas talian.
Sehingga kini belum ada lagi ura-ura atau ketirisan mengenai nama baharu syarikat naungan Facebook ini berserta pucuk pimpinan tertinggi syarikat tersebut. Sama sama kita nantikan pada 28 Oktober ini.
Sumber: The Verge