Cara Tukar No Telefon Di MySejahtera Tanpa Padam Akaun Sedia Ada

Cara Tukar Nombor Telefon Di MySejahtera

Mysejahtera adalah aplikasi yang amat penting buat masa sekarang.

Jika anda yang menghadapi masalah di mana akaun lama tidak boleh digunakan lagi kerana nombor telefon sudah tidak aktif, anda sebenarnya boleh mendaftarkan nombor telefon baru TANPA perlu padam atau delete akaun lama terlebih dahulu.

Boleh rujuk melalui langkah demi langkah dalam artikel ini.

Rujuk tutorial cara tukar Mysejahtera ID.

* Panduan dan arahan di setiap gambar di bawah.

Cara Tukar No Telefon MySejahtera Tanpa Delete Akaun Sedia Ada

Jika anda perasan, nombor telefon anda akan tertera pada MySejahtera ID.

Nombor telefon yang berdaftar sebagai MySejahtera ID anda boleh dikemaskini sekiranya anda ingin menukar nombor telefon baru.

Berikut dikongsikan langkahnya:

LANGKAH 1

Pastikan anda kemaskini Mysejahtera pada versi terkini.

Seterusnya buka aplikasi Mysejahtera. Tekan pada profil dan klik menu ( titik tiga baris).

tukar no telefon mysejahtera

LANGKAH 2

Tekan tukar MYSJ ID.

LANGKAH 3

Di sini, ia akan memaparkan ID MYSJ semasa anda.

Masukkan no telefon baru anda.

LANGKAH 4

Sekiranya ID MYSJ anda menggunakan emel, tekan pada pautan emel.

Selesai.

Sumber: Wiser.my

Panduan Video

Anda juga boleh menonton video yang disediakan di bawah ini:

Sumber video : Pusat Internet Komuniti Tasek Mengkuang Besut

Mudah kan?

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk kemaskini nombor telefon dengan mudah tanpa perlu padam dan daftar semula akaun baru.

Jika anda mengalami sebarang masalah atau pertanyaan lain tentang penggunaan aplikasi MySejahtera, sila rujuk MySejahtera HelpDesk di pautan berikut:

https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

Anda juga boleh merujuk beberapa artikel kami berkaitan aplikasi MySejahtera seperti berikut:

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: