‘Siap Buat Mini Love’ & ‘Peace’, Peguam Siti Bainun Undang Kecaman Netizen

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dilaporkan ‘naik hantu’ dan mula tidak sukakan Bella, remaja Sindrom Down berpunca daripada satu insiden, di mana mangsa tertarik langsir sehingga besi tercabut.

Perkara itu didedahkan oleh Berita Harian dalam sebuah artikel hari ini. 

Kata penghuni rumah kebajikan itu yang juga saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella.

“Bella pernah masuk bilik kedua iaitu bilik yang menempatkan saya dan adik-adik (penghuni) lain. Bella tertarik langsir hingga besinya tercabut.

“Selepas kejadian, Bainun jadi marah dan pukul Bella. Tarikh kejadian saya tak ingat,” katanya.

Menurut Yasmin, beliau pernah diarahkan Siti Bainun untuk membogelkan Bella sebelum diikat dengan tali dan dibaringkan sebelum dicurah air panas.

siti bainun bella oku rumah bonda

“Saya diarahkan Siti Bainun untuk pastikan Bella tidak bergerak dan menyasarkan di bahagian tertentu sebelum dicurah air.

“(Ia menyebabkan) ada kesan parut di paha kanan, pergelangan kaki dan lutut Bella,”katanya.

Yasmin berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili Siti Bainun pada sesi pemeriksaan balas dalam kes pengabaian dan penganiayaan terhadap Bella di hadapan Hakim Izralizam Sanusi di Mahkamah Sesyen hari ini. 

Dalam prosiding kelmarin, Yasmin dalam keterangannya berkata, Siti Bainun mendera Bella setiap hari selama hampir empat bulan yang berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Sementara itu, Yasmin bersetuju dengan cadangan Asiah bahawa Bella dicurah air panas tiga kali sehari dengan menggunakan picagari dan cawan.

“Saya ambil air panas itu daripada alat penapis air. Air itu ada keluar wap dan pernah tertumpah,” katanya.

Perbicaraan bersambung petang ini.

Baca juga: Sumber Dakwa Bella Dijirus Air Panas, Digigit & Dipaksa Makan Najis

Netizen ‘Hentam’ Peguam Siti Bainun

Dalam sebuah perkembangan lain, peguam kepada Siti Bainun telah dikecam oleh oleh warga maya hari ini setelah mendedahkan beberapa maklumat berhubung pendakwaan Siti Bainun terhadap Bella.

https://twitter.com/hafidzahhassan1/status/1514608745212694528

Difahamkan ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap tidak sensisitif mereka terhadap isu yang terjadi kepada remaja OKU yang didera, Bella.

Tanda ‘mini love’ dan ‘peace’ yang ditunjukkan oleh mereka dikatakan tidak profesional dan amatlah tidak melambangkan sensitiviti sebagai seorang peguam.

Antara komen-komen oleh warga maya mengecam tindakan mereka yang dilihat seolah-olah sedang ‘seronok’ dan ‘gembira’ dengan apa yang sedang berlaku.

Selain itu, peguam dikenali sebagai Hafidzah Hassan itu juga pernah memuatnaik berkenaan kes Siti Bainun dan Bella ini di Tiktoknya.

Video Bella Viral Semula

Media sosial hari ini dibanjiri dengan #justiceforbella, dan dalam pada itu, video ketika Bella pertama kali ditemui turut tular semula.

Video menyayat hati itu mendedahkan keadaan Bella yang penuh dengan bekas luka dan nanah yang ‘disorokkan’ di sebalik pakaiannya.

Difahamkan video tersebut dirakam dan ditularkan untuk memastikan agar suara anak kecil ini didengari dan nasibnya diperjuangkan.

Video ini membuat ramai tersentuh dan mendoakan agar Bella mendapat keadilan sebaiknya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: