Sumber Dakwa Bella Dijirus Air Panas, Digigit & Dipaksa Makan Najis
Kes perbicaraan seorang remaja perempuan OKU yang didakwa telah didera oleh Siti Bainun, Pengasas Rumah Bonda telah berlangsung mulai 30 Mac dan keterangan yang diberikan oleh saksi amat mengejutkan, mendukacitakan serta telah mendapat liputan meluas di media sosial.
“Siti Bainun Arahkan Saya Gigit Perut Bella”
Dalam sebuah laporan oleh BERNAMA, seorang penghuni Rumah Bonda memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa beliau menggigit perut Bella atas arahan pengasas rumah kebajikan tersebut, Siti Bainun Ahd Razali.
Yasmin Nahar Mahmood, 18, berkata, Siti Bainun mengarahkannya untuk berbuat demikian kerana Bella tidak mengikuti arahan tertuduh untuk berdiri di bahagian dobi sebuah unit kondominium yang didiami mereka di Wangsa Maju, di sini.
Berikutan kejadian itu, Yasmin berkata, Siti Bainun naik berang dan mengarahkannya untuk mengambil picagari berisi air panas untuk dipancutkan kepada Bella sebagai hukuman kerana tidak mendengar cakapnya.
“Saya lihat Bella menggelupur tetapi dia tidak menjerit kesakitan… melihatkan keadaan itu, Siti Bainun semakin marah dan arahkan saya untuk gigit perut Bella,” katanya ketika dirujuk dengan sekeping gambar Bella dengan kesan gigitan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pada perbicaraan Siti Bainun yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berumur 13 tahun itu.
Bella Dipaksa Makan Najis
Terdahulu, sebuah sumber yang dikenali dengan nama ‘Bomoh Bursa’ telah mendedahkan betapa dahsyatnya penderaan yang dilakukan oleh Siti Bainun sehingga Bella dipaksa makan najis sendiri.
Tidak cukup dengan itu, sumber ini juga telah mendedahkan lebih terperinci tentang kes perbicaraan yang berlangsung.
Dakwaan ni serupa dengan apa yang dituliskan oleh Bomoh Bursa, malah lebih banyak penerangan diulas mengenainya.
Sumber ini telah dikongsikan kepada Bomoh Bursa oleh seseorang yang merahsiakan identitinya.
Ramai yang bersimpati dan berharap kes ini dapat diadili dengan seadil-adilnya.
Baca juga: Kompaun Pelitup Muka Tanpa Cop SIRIM Hanya Untuk Pengilang & Pengimport – KPDNHEP
Kronologi Kes Pendakwaan Siti Bainun Terhadap Penderaan Bella (OKU)
Menceritakan kembali kejadian ketika Bella ditemui dengan kesan luka pada 24 Jun 2021, saksi pendakwaan kelima itu berkata, rakan baik Siti Bainun, Zurianty Sudin yang dikenali sebagai ‘Mommy’ menangis apabila tiba di pintu pagar unit kondominium tersebut selepas melihat keadaan Bella yang kurus seperti tidak cukup makan.
“Mommy datang ke rumah untuk bertanya khabar dan membelikan kami (saksi dan beberapa penghuni lain termasuk Bella) makanan. Mommy terkejut apabila melihat Bella dan bertanya kepada kami kenapa Bella boleh jadi begini?
“Kami beri alasan Bella tidak mahu makan dan membuang makanan, tidak mahu mandi, nakal dan tidak mendengar cakap, seperti yang diarahkan kepada kami oleh Siti Bainun. Kami takut untuk memberitahu perkara sebenar, tapi bukan takut Mommy akan marah kami, tetapi lebih takut sekiranya Siti Bainun tahu kami dedahkan rahsia (tentang kecederaan Bella) kepada Mommy,” katanya.
Saksi itu berkata, selepas keadaan Bella diketahui oleh Zurianty, Siti Bainun melalui panggilan telefon telah mengarahkannya mengajar Bella supaya menipu sekiranya ada orang bertanya kepada remaja itu mengenai kecederaannya.
“Contohnya, kalau ada orang tanya Bella ‘ada orang pukul tak’, suruh Bella cakap ‘tak ada’. Kalau ditanya mengenai kecederaan air panas pula, suruh Bella beritahu dia buat kepada diri dia sendiri.
“Bagaimanapun, kami tidak sempat mengajar Bella kerana Mommy telah menelefon ambulans dan Bella telah dibawa turun dari kondominium untuk menaiki ambulans,” katanya.
Zilfinaz kemudian merujuk kepada sebuah laporan polis yang pernah dibuat oleh saksi itu yang menyatakan Bella sering diberikan tekanan mental dan perasaan oleh tertuduh.
“Bella selalu diperbodohkan dan dimainkan perasaannya oleh Siti Bainun. Bella selalu cakap hendak jumpa rakannya yang dikenali sebagai Amshanor, Siti Bainun beritahu Bella, ‘Amshanor dah mati’ dan menunjukkan gambar mayat yang dia cari di Google. Bella kemudian menangis,” kata Yasmin.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi 13 April ini.
Berikut dikongsikan video ketika Bella mula-mula ditemui dalam keadaan menyayat hati.
Baca juga: ‘Siap Buat Mini Love’ & ‘Peace’, Peguam Siti Bainun Undang Kecaman Netizen
Kes Perbicaraan Bella Tidak Disiarkan Di Media Arus Perdana?
Mungkin ramai tak tahu, sebenarnya perbicaraan kes Bella ini telah bermula sejak 30 Mac, namun hanya ada beberapa berita yang disiarkan di media mengenainya.
Menurut Mona Din, kes ini sepatutnya mendapat lebih banyak liputan namun tidak mendapat perhatian seperti yang diharapkan.
Dalam sebuah hantaran terkini mengenai isu ini, beliau membuat ulasan tentangnya:
Kisah MEDIA & SENATOR OKU
Korang tahu tak kat Malaysia ada Senator unt golongan OKU?
Korang rasa2, sepanjang tersebarnya kes Bella
(atau mungkin Senator dah tahu sebelum viral lagi kot), apa agaknya peranan Senator lakukan dlm kes Bella ni?
Yg ramai orang tahu, Senator dgn seronoknya bkongsi dgn public sessi videocall Senator dengan Adik Bella pada 15/7,
iaitu selepas 21 hari Bella di jumpai di dera., dan bagi press statement concerned giler pasal kes bella, itu saja takat yg saya tahu.
Kemudian selepas siasatan polis yg panjang,
okt hanya di tuduh ‘ mengabai’,
apa agaknya reaksi Senator ?
Kot2 la korang tahu, sharelah,
sbb saya memang betul2 tak tahu.
Yg saya boleh perasan, Senator senyap sepi saja..
Yg buat bising hanyalah saya, team #justiceforbella & GMK. Kami mngusung memorandum ke sana sini,
buat muka tak malu buat protest meeting kat menteri wanita, tapi Pn Senator OKU takde join pun.
Pelik.
Then sampailah okt dpt satu lagi ptuduhan, penganiayaan, Alhamdulillah.
Saya dan team terus berjuang lagi, kali ni lebih mcabar, mbantu apa saja boleh mlawan okt dlm kes tuntutan 5 anak angkat pula, di mana 2 dr anak angkat yg ‘dituntut’ itu juga adalah OKU.
Separuh mati kami bjuang, sampai siap kena saman komital, di hina di ejek bagai. Masa tu tcari2 juga muka Senator OKU, kot2 la nak kirim salam bagi moral support, hehehe, elek !
Dan now masa paling penting, perbicaraan kes Bella pun blangsung, mulai 30/3 yg lepas.
Klu ikut hitungan hari, dah 10 hari.
Tapi klu ikut hari pbicaraan, dan masuk hari ke 7.
Saya pi umrah, baru balik, sambung kuarantin sukarela, belum masuk court lagi.
Tapi hari2 ‘roh’ saya ada di court, pantau segala segi A-Z, bkerja bsama team JusticeForBella & GMK.
Roh saya cuba intai2 juga cari Senator OKU,
tapi tak nampak.
Yg saya nampak, adalah ANAK2 OKU SINDROM DOWN saja !
Start hari pbicaraan, boleh dikatakan almost hari2 ada parents & anak SD dtg. Dan yg paling tharu, Adik Lokman SD yg fames sbb bijak pun ada dtg court, came all the way from Penang you..!
Siap dtg pakai mask JusticeForBella,
bawa sepanduk, dan jerit Justice For Bella!
Tapi saya tcari2 lagi, mana wajah Senator OKU..???
Takde rasanya.
Tapi takpe lah, wlu Senator x dtg, namun bberapa petugas media hadir masa first 3 days pbicaraan, syok nampak depa bgelak ketawa dgn okt dan team sana, mcm kawan baik dah.
Awal first 3 days ada coverage dr Bernama, maka media2 lain pun carry juga, sbb rasanya itu memang praktis Media Perdana kat Malaysia, selalu Bernama cover, depa yg lain akn ambil, sbb Bernama adalah saluran media rasmi Malaysia.
Ada coverage keluar on kes Bella, Alhamdulillah.
Tapi the last 4 days, suasana agak ‘pelik’.
Tiba2 tiada sebarang coverage langsung keluar kat mana2 media pun tentang kes Bella.
Senyap. Hilang.
Heran, mulai hari ke 4, 5, 6 dan 7,
satu msia senyap. NO NEWS AT ALL ttg kes Bella,
padahal perbicaraan sedang berlangsung semakin rancak, sbb yg mberi keterangan kali ini adalah 3 DOKTOR PAKAR YG MERAWAT LUKA BELLA !!!
Dan hari ke 7, adalah SAKSI MATA UTAMA, penghuni kondo yg mbuat lapuran polis berasingan sendirian sekali lagi, bagi menceritakan hal sebenar, bersama AKUAN BERSUMPAH, tentang segala yg sbenarnya blaku ke atas Bella.
Saya sendiri merasakan 4 HARI INI ADALAH ANTARA HARI2 PERBICARAAN YG TERPENTING.
Doktor2 Pakar & Saksi Mata dewasa kot nak bagi keterangan !
TAPI PRESS TAK DATANG !!!
Atau mungkin datang,
tapi TAKDE NEWS KELUAR AT ALL,
selama 4 HARI BERTURUT2…!
Korang tak pelik ke?
Saya tiba2 tfikir, eh kita ada Senator OKU kot.
Senator tak ambil tahu ke pbicaraan sdg blangsung, Senator tak nak tahu cerita ke?
Senator x perasan ke coverage takde?
Press pula, takkan depa tak tahu proceeding still ongoing.
Takkan editor yg assign or press yg cover the first 3 days tak di maklumkn lepas ni keterangan doktor2 pakar ?
Ada keterangan Saksi Dewasa yg mrupakan Saksi Mata..?
Dan saya sendiri, bila mula realized hari ke 4 & ke 5 tak de media coverage, terus berusaha wlupun masih di tanah suci, saya personally ‘wasap’ bberapa ORANG KUAT MEDIA yg saya perasan mcm rapat dgn saya,
saya nyatakan what the other 2 doktors has said,
dan esok ada another doktor pakar lagi nak bagi keterangan penting,
saya minta, TOLONG LA DATANG COVER .
Saya bukn minta press cover tulis bagus2 on Bella’s side, BUKAN.
Saya cuma nak press TULIS BETUL2 apa yg SAKSI TERANGKAN. Itu saja.
Sebab kes Bella ini adalah KES PUBLIC INTEREST.
Rakyat MAHU tahu.
Rakyat BERHAK tahu.
Kes ini tentang anak OKU.
Kes ini pasal anak SEBATANG KARA
Kes ini tentang anak KERAJAAN, anak JKM !
Kes ini berlaku kpd Pengerusi Rumah Kebajikan, NGO!
Kes ini tentang 2 pertuduhan, dgn kecederaan yg sgt teruk.
Takkan kes ini tidak penting ???
Takkan MEDIA2 PERDANA DI MALAYSIA anggap kes ni tak penting untuk di cover?
Takkan MEDIA2 PERDANA DI MALAYSIA anggap kes ni tak de story value?
Takkan MEDIA2 PERDANA di MALAYSIA just dont care about anak oku, anak sebatang kara, sebab dia bukn anak artist, bukan anak Menteri?
Klu press sebok sgt pun, takkan tak boleh minta lapuran dr mahkamah unt siaran??
Rayuan saya kpd bberapa Media pun tiada nilainya.
Takde sapa juga yg dtg cover juga pd hari ke 6 & ke 7.
So 4 hari pbicaraan Bella takde sebarang coverage.
Sedih.
Sedih.
Sedih.
Takpe lah, saya sedar siapa la kitaorg ni,
sekadar bjuang unt anak oku yg tidak pun siapa tahu mana keturunannya.
Saya fikir, tak pe lah klu korang tak dtg,
wlu saya dah maklumkn pentingnya pbicaraan ini, saya akn sediakan pula butir2 pbicaraan dgn lengkap dan tepat serta tlh di sahkn unt media.
Kitaorg stay up sampai tghmlm siapkn.
Dan pada jam 12.30 mlm, saya forward the report to few press yg saya kenal.
Team saya pun forward to few of their contact juga.
Dan esoknya ( iaitu yesterday), memang confirm tiada satu pun news yg keluar.
Sayang sekali.
Sayang keterangan penting di mahkamah tak sampai kpd rakyat.
Klu adik Bella tahu, mesti adik Bella sedih.
Mungkin Bella akn merajuk,
dia ingat rayat msia dah lupakan dia…
Sbenarnya, kesian rakyat yg selama ni tertunggu2 cerita kes Bella…
Korang dah ter-missed part paling penting keterangan doktor pakar, dan 80% keterangan saksi utama Yasmin, yg antara nya mnyebut Bella kena paksa makan najis sendiri dan tahi bcampur muntah !!
Tak rezeki korang nak baca dr media arus perdana.
Klu korang frust korang talipon la semua media satu2, tanya pasal 4 hari tak dtg cover?
Ada dpt arahan ke?
Ada org byr ikut advertisement rate ke jgn tulis?
Hahaha, saya gurau saja.
Dan back to cerita Senator tu,
yesterday pagi saya dah nak naik geram, kecewa, marah ( wlupun saya tgh kuarantin tapi seboknya saya mcm jadi pa menteri mr hubby kata hahaha),
saya call sorang kawan.
Saya ckp, you kenal Senator OKU tu kan?
You tlg ckp Mona Din tanya tak nampak dia sepanjang kes pbicaraan Bella blangsung?
Ada tak dia mjengok ke mahkamah?
Ada tak dia ambil tahu coverage keluar ke tak?
Ada dia perasan dah 4 hari news pbicaraan aduk Bella macam tersembunyi?
Dia jadi Senator mwakili OKU ke mwakili VIP, hehehe.
Dan saya draft mesej, saya ckp kat kawan saya, you tolong forward kat dia, ckp Mona Din minta you sampaikn mesej ni :
“ Assalam Dato R,
Saya nak minta Dato R tolong bckp dgn pihak ttinggi Bernama unt minta Bernama tolong cover & siarkn pbicaraan kes Bella setiap hari.
Ini adalah kes high profile masyarakat – rakyat nak tahu pkembangan.
Peranan Bernama sgt penting sbb Bernama menjadi SUMBER BAHAN untuk MEDIA2 LAIN di Malaysia. Byk media yg mngambil news dr Bernama. Jadi apabila Bernama tak buat story ttg kes Bella, maka media lain pun tak cover la juga.
Kita org merasa ‘pelik’ kenapa awal 3 hari pertama perbicaraan, Bernama dan lain2 Media boleh cover – tapi 4 hari pbicaraan seterusnya langsung takde sebarang coverage lagi. Pelik .
Adakah sesiapa beri ‘arahan’ unt TIDAK LAGI mnyiarkn berita pbicaraan kes Bella?
Adakah ini mjadi punca Bernama / media lain mula mdiamkan diri slepas hanya 3 hari mnulis?
Kita pelik sbb ada hari reporter / photographer Bernama dtg court, ambil gambar dgn meriahnya tmasuk foto anak2 sd, tapi tiada sebarang berita keluar.
Dan dlm tempoh 4 hari pbicaraan tkini,
iaitu tempoh penting sbb ada statements dr 3 doktor pakar & yesterday keterangan dr saksi utama iaitu anak angkat tertuduh yg berusia 18, langsung tiada sebarang news keluar.
Kenapa ? Keterangan dr pakar kot..!
Mohon Dato R to look into this and do something URGENTLY sbg mengambil tanggungjawab Dato dlm hal2 berkaitan insan OKU. TQ”.
Dan kata kawan saya dia dah forward to PA Senator.
Tak tau la apa reaksi Senator.
Penting ke tak penting mesej tu..?
Penting ke tak penting kes Bella di beri perhatian..?
Penting ke Senator turun ke court bagi moral support?
Wallahualam
Klu tak penting kita pun faham,
Senator nak bervc pun dah bertuah sgt unt rakyat marhaen ni,
Bella bukn mampu mlobi Senator unt mbantunya,
apatah lagi nak hire 10 org peguam bertauliah mcm pihak lawan.
Bella bukn ada kawan geng2 press pun nak boleh btepuk btampar seronok drg cover kes dia.
Bella cuma dpt pendakwaraya kerajaan je.
Bella cuma ada kami2 ni pejuang2 cam ayam je.
Sian Bela..!
Sumber: BERNAMA, Facebook Bomoh Bursa