in

Jangan Makan Kerang-kerangan Dari Perairan Geting – Jabatan Perikanan

kerang geting
ADVERTISEMENT

Tumpat: Orang ramai dilarang melakukan aktiviti memungut, menjual dan makan spesis kerang-kerangan di kawasan Perairan Sungai Geting, di sini, kerana dicemari toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu ‘alexandrium minutum’.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Kelantan, Nazri Ishak berkata, larangan itu berkuat kuasa serta merta berikutan hasil keputusan analisis daripada makmal Biosekuriti Perikanan yang dijalankan menemui bahan toksin itu.

ADVERTISEMENT

“Bahan toksin itu ditemui pada spesis kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala yang dikutip sekitar kawasan Perairan Sungai Geting.

“Akibat daripada memakan kerang-kerangan yang tercemar itu boleh menyebabkan keracunan, berbahaya dan memudaratkan kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baca juga: Bahaya Pakai Pelitup Muka ‘KF’ Palsu, Kedutaan Korea Kongsi Cara Buat Semakan

Sumber: Fisheries Resource Institute

Terdahulu beliau mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai larangan memungut, menjual dan makan spesis kerang-kerangan di kawasan Perairan Sungai Geting untuk siaran umum.

Beliau berkata, kejadian itu sudah banyak berlaku di kawasan berkenaan dan ia berpunca daripada banyak faktor termasuk cuaca panas.

Katanya, pihaknya akan menjalankan ujian persampelan setiap minggu dan akan mengeluarkan notis pemberitahuan kelak sekiranya spesis itu sudah selamat untuk dimakan.

“Sebagai langkah kawalan, kita arahkan supaya pencari atau pengutip kerang-kerangan ini jangan kutip lagi sehingga dipastikan ia selamat untuk dimakan.

Baca juga: Cara Print Sijil Vaksin MySejahtera PDF Untuk Perjalanan Tempatan & Luar Negara

“Bagi penjual di tepi jalan sekitar kawasan Sungai Geting itu pula, tidak semestinya mereka kutip di perairan itu kerana ada yang dibeli daripada pengutip yang mencari di lokasi lain malah mereka sendiri sedia maklum akan kejadian itu kerana bukan pertama kali berlaku.

“Bagaimanapun nasihat saya kepada pembeli agar bertanya terlebih dahulu kepada penjual dari mana kerang-kerangan itu diambil bagi mengelakkan termakan spesis yang tercemar,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Waktu Operasi Pejabat Pos Malaysia & Poslaju Terkini (Oktober 2021)

cara screenshot laptop

Cara Screenshot Laptop / PC Dengan Mudah (Sebahagian / Seluruh Skrin)