“Dulu Durian Mahal, Sekarang Dah Murah Tapi Tak Ada Pembeli”

Berapa ramai di sini yang minat makan durian?

Sinonim dengan negara Malaysia, durian yang digelar ‘raja buah’ memang ramai peminatnya.

Semakin hari, semakin banyak jenis durian yang dijual – tetapi harganya juga dilihat semakin mahal.

Jika zaman kita dulu, durian mudah didapati di kebun datuk, tapi sekarang ni kenalah beli dari penjual sebab ramai yang kampungnya dah berpindah ke bandar.

Bahkan, harga durian yang melonjak naik boleh mencecah ratusan ringgit.

Tapi kalau anda perasan, tahun ini harganya rendah sedikit.

Seorang peminat durian telah berkongsi satu hantaran menarik di Facebook berdasarkan pemerhatiannya terhadap tren kenaikan harga durian.

Jom baca perkongsian viral oleh beliau ini:

Dulu Durian Mahal, Kesannya Generasi Baru Dah Tak Minat Makan Durian

Kesan dan Akibat.

sekitar 10 tahun yang lepas. durian mula dijual dengan menggunakan timbangan Kilogram.

Durian kampung, durian kahwin dan durian baka baharu.

Kesan dari ni, harga purata bagi sebiji durian naik mendadak.

Kesan dari ini juga menjadikan durian semakin mahal bergantung pada varieti.

Keupayaan untuk membeli berkurangan, dan durian bukan lagi keutamaan dalam pembelian dalam sesebuah keluarga. durian menjadi makanan kategori mewah, bukan lagi dianggap marhaen.

Ketua keluarga tidak lagi membeli, menyebabkan generasi muda dalam keluarga semakin tidak menggemari rasa durian.

10 tahun kemudian…

Bersembang dengan penjual durian semalam…

” durian banyak bang.. harga dah semakin murah.. tapi tak ada pembeli.. saya buka satu kepala RM 20 – makan sampai puas pun, tak berapa yang nak datang makan… saya jual saiz satu guni baja dengan harga RM 50 pun, tak berapa memberansangkan jualan nya.. yang datang makan dan beli pun banyak yang dah berusia dah tua, yang muda2 nie dah tak minat makan durian… tak macam zaman kita dulu2…”

dengan membuatkan harga durian lebih mahal, dengan unit timbangan yang tidak masuk akal, kita telah membuatkan satu generasi tidak minat untuk menggemari durian.

jika di ulang kitaran ini.. apa yang akan terjadi pada masa depan?

Sumber : Ahmad Sahir Jais

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: