KPM Tidak Pernah Keluarkan Jadual ‘Hukuman Yang Dilarang’, Guru Tidak Boleh Berleter
Media sosial hari ini tular dengan perkongsian ramai tentang beberapa jenis hukuman yang dilarang oleh ‘Unit Disiplin KPM’.
Ramai yang terkejut dan meluahkan rasa hairan, terutamanya dengan hukuman guru ‘berleter’ yang tersenarai dalam hukuman terhadap mental & emosi pada jadual tersebut.
Namun sebenarnya, hal ini adalah palsu; dan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin sendiri telah mengesahkannya.
Saya kongsikan kenyataan media KPM berhubung laporan portal berita bertajuk “Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid”.
Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut.
KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang” dalam mana-mana dokumen rasmi KPM.
Sama-sama kita semak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.
Mohon jasa baik sahabat semua kongsikan-kongsikan penjelasan ini.
Sumber: Dr Radzi Jidin