Realme Techlife Lancarkan Produk Air Purifier, Handheld Dan Robot Vacuum Cleaner

Selepas melancarkan produk mesin basuh, hari ni seperti yang digembar-gemburkan Realme telah melancarkan tiga lagi produk baharu iaitu Produk Air Purifier, Handheld Dan Robot Vacuum Cleaner.

Realme Techlife Air Purifier

Berbanding produk jenama lain air purifier di pasaran, Realme Techlife Air Purifier direka dengan sistem penapis H12 HEPA tiga tahap yang mampu menapis kandungan udara PM 2.5 sehingga 99.95%.

Ianya turut dilengkapi dengan penunjuk kualiti udara yang boleh bertukar warna, selain sokongan pemasa yang membolehkan pengguna menyahaktifkan penapis udara secara automatik.

Selain itu, ianya menunjukkan nilai CADR yang tinggi iaitu 330m³/j di mana udara bersih yang dikeluarkan boleh mencapai 330-meter padu dalam masa satu jam.

Anda juga boleh memilih 5 jenis mod dengan hanya sentuhan. Sleep mod akan menurukan bunyi serendah 46dB supaya tidak mengganggu tidur. Ketahanannya pula boleh mencapai 2,800 jam lamanya.

Realme Techlife Handheld Vacuum Cleaner

Realme Techlife Handheld Vacuum Cleaner juga direka dengan konsep niwayar mudah alih dan pintar.

Ianya turut dilengkapi sistem penapis HEPA dan mempunyai tekanan sedutan maksimum 9.5KPa yang dikuasakan oleh 140W pada kelajuan 10,500RPM.

Tidak perlu risaukan mengenai bateri kerana bateri sebesar 2,200mAh yang dilengkapi pada vacuum ini mampu berfungsi mencapai 40 minit lamanya.

Kelengkapan dan aksesori lain untuk kegunaan pembersihan seperti berus pelbagai guna juga akan diberikan.

Realme Techlife Robot Vacuum Cleaner

Robot hampagas semakin popular di Malaysia akhir-akhir ini. Realme Techlife Robot Vacuum Cleaner dilengkapi sensor LiDAR dan sistem navigasi yang didatangi dengan dua dalam satu fungsi iaitu fungsi hampagas dan pembersih mop.

Ianya mampu berpusing 360 darjah tanpa sebarang halangan dan dikatakan mampu memberi 98% ketepatan berdasarkan mapping yang ditetapkan melalui 38 sensor halangan.

Malah, ia mampu menukar kelajuan secara pintar dengan teknologi adaptasi permukaan yang terbina. Robot vakum ini juga dapat dikawal dengan menggunakan Google Assistant dan Amazon Alexa.

Robot vakum ini mampu memberi kuasa sedutan sehingga 3,000Pa. Terdapat juga ruang tempat simpanan sampah yang berkapasiti sehingga 600 ML. Sebagai tambahan, ia juga mempunyai tangki air 300mL yang perlu dibeli secara berasingan.

Tidak perlu risaukan ketahanan baterinya kerana ianya dijana oleh bateri berkapasiti 5,200mAH.

Harga

Untuk harga, Realme TechLife Air Purifier dan Realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner dijual pada INR7,999 (~RM451). Sementara itu, Realme TechLife Robot Vacuum Cleaner pula berharga INR24,999 (~RM1,409).

Walaupun ketiga-tiga produk ini dilancarkan di luar pasaran Malaysia, Realme Malaysia dilihat turut mula menyenaraikan kesemua produk ini dilaman rasminya.

Bagaimanapun, belum ada tarikh khusus untuk pelancarannya di pasaran Malaysia. Jadi, sama-sama kita nantikan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: