in

Cara Hilangkan Objek / Orang Pada Gambar (CleanUp Picture)

cara hilangkan objek dalam gambar
ADVERTISEMENT

CARA MUDAH EDIT UNTUK HILANGKAN OBJEK / ORANG YANG KITA TAK MAHU DALAM GAMBAR

Kadang-kadang bila kita nak cepat ambil gambar, ada saja yang tak kena dalam gambar tu, contohnya pada bahagian background kan?

Jangan risau, kalau anda nak edit atau hilangkan gambar objek / orang yang anda tak mahu pada gambar – anda boleh guna cara yang paling mudah ni iaitu CLEANUP PICTURES.

CLEANUP PICTURES ni mudah sangat nak guna sebab kita tak perlu download apa-apa. Boleh edit seberapa banyak gambar yang kita nak secara PERCUMA saja!

ADVERTISEMENT

Jom kami kongsikan caranya di bawah ini:

Cara Hilangkan Objek / Orang Dalam Gambar

LANGKAH 1

Mula-mula anda hanya perlu taip CLEANUP PICTURES di Google atau terus ke pautan ini: https://cleanup.pictures/

LANGKAH 2

Kemudian akan keluar paparan begini.

LANGKAH 3

Boleh pilih mana-mana gambar dalam phone kita yang kita nak edit tu.

Contohnya macam dalam gambar di bawah, kita nak hilangkan orang yang dalam bulatan tu.

LANGKAH 4

Nanti akan diberikan brush tu untuk kita padam mana objek yang kita nak padam.

Gerakkan je pada objek / orang yang kita tak mahu dalam gambar.

LANGKAH 5

Akhir sekali bila dah siap, tekan butang DOWNLOAD.

Macam ni hasilnya.

hilangkan objek gambar

VIDEO TUTORIAL

Bagi yang nak lagi mudah, boleh rujuk video tutorial di bawah ini.

Dah siap tunjukkan satu per satu langkah-langkah nak hilangkan objek dalam gambar yang kita tak nak tu.

Mudah je!

Sumber: Puan Masyitah Sedek

Baca juga:

Selain daripada hilangkan orang, anda juga boleh gunakan cara ini untuk edit gambar produk anda dengan mudah untuk dijual.

Jadi tak perlulah risau kalau ambil gambar tak jadi, termasuk jari atau benda lain dalam frame tu, kita boleh edit dengan mudah sangat lepas ni.

Contohnya macam dalam gambar di bawah ni:

hilangkan objek gambar
Sumber: https://www.facebook.com/PEDikgkarangan/posts/4545393458876390

Sumber gambar infografik: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia – PEDi Kg Karangan

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KPM Tidak Pernah Keluarkan Jadual ‘Hukuman Yang Dilarang’, Guru Tidak Boleh Berleter

Kalendar 2022 & Tarikh Cuti Umum / Cuti Sekolah KPM (Dikemaskini)