Realme Jual Mesin Basuh Pula. Harganya Sangat Berbaloi!

Umum ketahui jenama Realme kini bukan sekadar menjual telefon pintar semata-mata, sebaliknya ia merangkumi sejumlah segmen lain seperti komputer riba, televisyen pintar, pengering rambut, berus gigi pintar dan banyak lagi.

Terbaharu, Realme bakal hadir dengan mesin basuhnya tersendiri!

Menerusi laman Flipkart, mesin basuh yang ditawarkan ialah jenis automatik sepenuhnya dengan dua pilihan kapasiti berbeza iaitu 7.5 kilogram dan 8 kilogram dan mampu memberi kelajuan putaran mencapai 700rpm.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan 10 mod cucian yang bagi membolehkan pengguna memilih mod cucian mengikut kepada jenis pakaian dan keperluan.

Mesin basuh ini dikatakan bakal dilancarkan pada 1 Oktober ini di pasaran India dengan harga jualan bermula INR19,990 iaitu sekitar RM1,128 untuk model 7.5kg manakala model 8kg pula berharga INR26,490 (~RM1,495).

Di bawah Realme TechLife, syarikat itu juga dikhabarkan bakal melancarkan dua jenis pembersih vakum dan pembersih udara pada 30 September. Kedua-dua jenis pembersih vakum itu termasuk vakum robot dan pembersih vakum genggam.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: