Ini Respon Terkini Dari MEASAT Mengenai Ganguan Isyaratnya
Kegagalan thruster pada satelit MEASAT-3 pada sebelum ini menyebabkan kedudukan posisi satelit tersebut berubah sekaligus menyebabkan ganguan isyaratnya. Beberapa perkhidmatan turut terjejas diantaranya adalah Astro.
Menurut MEASAT, mereka memerlukan masa tambahan untuk menstabilkan satelit dan isyarat pada satelit tersebut. Pihak MEASAT juga sedang memantau dan membuat penyelenggaraan pada skala penuh di peringkat kritikal bagi mencapai keupayaan penuh satelit tersebut.
Sementara itu, pihak MEASAT memaklumkan kepada SKMM bahawa mereka menggunakan ‘back-up thrusters‘ untuk mengekalkan posisi dan tanpa mengganggu operasi satelit.
Pihak astro menyatakan pengguna perkhidmatanya yang berada di bangunan tinggi akan menghadapi masalah akses di beberapa saluran. Pengguna yang menghadapi masalah mengakses boleh melayari Astro Go buat sementara waktu sebelum masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.