Oppo Lancarkan Smart TV K9 Bersaiz 75″

Oppo melalui rangkaian produk televisyennya telah melancarkan televisyen pintar yang baharu iaitu Oppo Smart TV K9 75″ dengan rekaan bezel yang nipis.

Selain daripada saiz baharu iaitu 75″, storannya juga telah dikemas kini kepada 32GB berbeza dengan produk Smart TV K9 yang dilancarkan pada Mei lepas yang bersaiz 65″ dan storan 16GB.

Smart TV K9 75″ terbaharu ini dikuasakan oleh cip pemproses empat-teras MediaTek 64-bit (ARM Cortex A73 CPU) dengan padanan memori 2GB RAM dan 32GB storan dalaman secara terbina.

Untuk siri kali ini juga ianya beroperasi menggunakan sistem operasi ColorOS TV 2.2 yang menyokong alat kawalan yang menyokong NFC dan pembesar suara pintar menerusi mikrofon jarak jauh.

Dari segi paparan, selain penggunaan panel LCD yang menyokong resolusi 4K (3840 x 2160) dengan kadar segar semula 60Hz, ianya turut menyokong ciri tambahan seperti HDR10+, HDR10 dan HLG serta menawarkan nisbah skrin-ke-badan mencecah 95% gamut warna DCI-P3.

blank

Untuk audio, ianya dilengkapi dengan dwi-pembesar suara dengan output 30W yang menyokong Dolby Audio.

Antara kelebihan lain ialah ianya turut hadir dengan aksesori kamera secara berasingan untuk pengalaman input video yang lebih baik.

Oppo Smart TV K9 75″ ini dijual pada bermula RM3,758 untuk pasaran China dan masih belum dibuka untuk pasaran luar.