in

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2023/2024 KPM (Dari 1 Mac 2022)

pendaftaran tahun 1 online
ADVERTISEMENT

PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 ONLINE BAGI SESI 2023/2024 SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga yang ada anak nak masuk Darjah 1 tahun hadapan, jangan lupa mendaftar sekolah online melalui portal KPM secara atas talian bermula 1 Mac 2022 ini ya!

Syarat Pendaftaran

  • Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2023 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.
  • Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2024 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Permohonan ke Tahun 1 ada 2 mod, iaitu:

  1. Secara atas talian (online) melalui portal – https://public.moe.gov.my/
  2. Secara manual – pendaftaran di sekolah.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara membuat permohonan pendaftaran Tahun 1 secara online bagi sesi 2023 / 2024 yang akan dibuka mulai 1 Mac 2022 ini.

ADVERTISEMENT

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Online

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 secara online melalui laman web SPS KPM boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.

Pendaftaran manual perlu dirujuk pada pihak sekolah.

Jika anda telah mendaftar, sila buat semakan permohonan dan pengesahan penempatan mengikut langkah berikut: Semakan Penempatan Tahun 1 & Tarikh Pendaftaran Sesi 2022/2023 KPM

Untuk makluman, sesi persekolahan bagi tahun 2022 / 2023 akan bermula pada 21 Mac 2022.

Baca juga: APDM KPM: Cara Kemaskini Maklumat Profil Murid Untuk Ibu Bapa

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Online

KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.

Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Tekan butang Pengguna Baru
  3. Sila Daftar Pengguna dan tekan Daftar
  4. Isikan maklumat yang diperlukan (seperti dalam rajah di bawah)
  5. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1
  6. Setelah itu, pilih Permohonan Baharu
  7. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
  8. Sila isikan:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  9. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  10. Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

*Rujuk langkah bergambar di bawah:

PROSES 1 – DAFTAR PENGGUNA SPATKPM

PROSES 2 – PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1

Cara Isi Maklumat Vaksin

Sedikit info tentang cara nak isi maklumat vaksin

* Difteria, Pertussis, Tetanus, Heamophilus influenza, Polio disuntik pada hari yang sama.

  • Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning),

* Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).

  • Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan).

* Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).

  • Disuntik semasa umur baby 12 bulan.

Contoh cara isi seperti di bawah:

PROSES 3 – SEMAKAN

MUAT TURUN Manual Pengguna Pendaftaran Tahun 1 KPM.

Baca juga: SAPS Ibu Bapa 2021: Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Online

Terlupa Kata Laluan

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.

Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin.
*(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

Maklumat Lanjut

Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan INI.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

apdm kpm

APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

bantuan jkm

11 Skim Bantuan JKM 2022: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online