Miliki Realme GT Neo2 Dengan Harga Bermula Dari RM1620
Syarikat Realme hari ni telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Realme GT Neo2. GT Neo2 merupakan produk yang menjadi model sebelum ini iaitu GT Neo yang dilancarkan sekitar bulan Mac yang lalu.
Untuk model GT Neo2 ini, ianya jana oleh cip Snapdragon 870 dengan memori RAM sehingga 12GB bersama storan dalaman sehingga 128/256GB (UFS 3.1).
Berbeza dengan model sebelum ini, saiz skrin untuk GT Neo2 ialah sebesar 6.62 inci. Ianya menggunakan skrin AMOLED beresolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz.
Kapasiti bateri juga dibesarkan kepada 5000mAh daripada 4500mAH pada model sebelum ini dan menyokong pengecasan pantas 65W.
Realme GT Neo2 didatangi dengan sistem tri-kamera utama dengan menggabungkan 64 Megapixel utama, 8 Megapixel ultra lebar dan 2 Megapixel makro. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16 Megapixel.
Spesifikasi lain termasuklah sistem penyejukan yang dinaik-taraf untuk aliran haba lebih baik, antaramuka Realme UI2.0 berasaskan Android 11, pembesar suara stereo Dolby Atmos Hi-Res dan menawarkan tiga pilihan warna – Black Mint, Blue dan Shadow Black.
Buat masa ini ianya belum ditawarkan di Malaysia. Bagaimanapun Di China, Realme GT Neo2 dijual pada harga bermula 2499 yuan (~RM1620) sehingga 2999 yuan (~RM1942) untuk speksifikasi paling tinggi.