Aplikasi Whatsapp kini telah membuat kemaskini pada ciri setting dengan membenarkan pengguna memilih untuk menyembunyikan status (hide status) mereka kepada orang tertentu sahaja.
Semua pengguna boleh memilih untuk tidak memaparkan status mereka kepada orang tertentu atau juga memilih untuk hanya memaparkan status itu kepada seseorang / beberapa orang sahaja.
Ciri ini mungkin dapat membantu sesetengah pekerja kekal profesional untuk mengelakkan bos / orang atasan mereka membaca status mereka, dan begitu juga sesetengah orang lebih selesa berkongsi status dengan rakan terdekat sahaja.
Di sini kami kongsikan caranya.
Cara Sembunyikan Status Whatsapp (Hide Status Wasap)
Untuk menggunakan ciri ini, pengguna boleh ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi Whatsapp
- Pergi ke bahagian Setting
- Tekan butang Privacy
- Pilih Status
- Pilih paparan status sama ada anda hanya ingin kongsikannya kepada beberapa orang tertentu atau mengecualikan beberapa individu daripada melihatnya.
Rujuk langkah di bawah:
Jika anda ingin kecualikan beberapa orang daripada membaca status, boleh pilih ‘My contacts except…’
Dan jika anda hanya ingin berkongsi status dengan sesetemgah orang sahaja, pilih butang ‘Only share with…’
Kemudian tekan butang DONE.
Selesai.
Sekarang anda boleh update status seperti biasa.
Anda juga boleh mengubah tetapan ini semula pada bila-bila masa.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Tulisan Bold, Italic & Stylish Font Di Facebook Tanpa Apps