iQiyi Beri Akses VIP Secara Percuma Sempena Hari Kebangsaan? Ketahui Lebih Lanjut Disini

Platform penstriman utama asia, iQiyi akan memberikan akses langganan VIP secara percuma sempena Hari Kebangsaan ini.

Akses istimewa ini yang diberikan ini adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menyokong dan telah menjadikan platform penstriman ini mencatat jumlah muat turun tertinggi di negara ini.

Akses langganan VIP ini boleh ditebus bermula semalam 30 Ogos sehingga 12 September 2021 ini melalui laman web iQiyi iaitu iQ.com dan juga aplikasi Android mahupun Apple Store.

Tambahan lagi, iQiyi menawarkan pelan langganan dengan potongan sehingga 50% untuk langganan 3 bulan yang berjumlah RM12.90 dan langganan 1 tahun berjumlah RM44.90. Kedua-dua pelan langganan ini hanya sah bermula 6 Septermber sehingga 12 September 2021.

Mengikut poster diatas, akses langganan VIP akan menerima penstriman program dalam resolusi 1080P, sokongan bunyi dari Dolby Atmos, tiada paparan iklan dalam program dan juga akses awal bagi rancangan atau program baru di platform penstriman ini.

iQiyi juga menjalankan kempen #HiburanMenyatukanKita bertujuan untuk menunjukkan daya kekuatan hiburan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini.

Kepada pembaca HarianPost diluar sana yang berminat dengan penawaran akses langganan istimewa oleh iQiyi sempena Hari Kemerdekaan ini, boleh melayari iQ.com dan juga muat turun aplikasi pada peranti pintar anda dan dapatkannya dengan segera.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: