ADVERTISEMENT

Maaf, jawatan ini telah diisi. Namun kami berbesar hati untuk menjemput anda menjadi sebahagian Freelance Writer di Harian Post.

Sekiranya berminat, sila isi borang permohonan di sini.

Kami sedang mencari orang yang NAK BEKERJA sebagai penulis blog Harian Post (harianpost.my)

Tiada syarat kelayakan akademi diperlukan.

Tak ada UPSR, PT3, SPM? Tak mengapa!

Jika anda BOLEH menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik & sempurna (bukan bahasa budak WeChat), anda dialu-alukan untuk memohon jawatan ini.

Tak tahu menulis blog? Kami akan ajar dari BASIC asalkan anda ada KEMAHUAN untuk belajar!

Tak perlu menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, cukup penulisan yang santai, chill & relax.

Elaun RM1,000 setiap bulan disediakan.

WAJIB ada laptop / komputer / tablet untuk mudahkan kerja-kerja menulis. 

Topik Penulisan

Antara topik yang kami cover:

  • Dekorasi
  • Kesihatan
  • Inspirasi
  • Fakta Menarik
  • Kewangan
  • Resipi
  • Seram
  • Teknologi
  • Travel
  • Trending

Anda nak tulis topik sendiri? Boleh je…

Cara Bekerja

  1. Kami bagi anda bahan rujukan (senarai laman web)
  2. Anda TULIS SEMULA (bukan copy paste) artikel yang sedang / pernah viral di web tersebut
  3. Jika artikel lebih kepada gambar, tak perlu tulis banyak sangat, cuma perlu upload gambar ke dalam blog
  4. Sebelum publish, editor kami akan check artikel anda sekali lagi
  5. Jika semuanya OK, editor akan publish
  6. Minimum 3 artikel sehari

Tak perlu keluar IDEA sendiri, cuma perlu tulis semula menggunakan ayat anda (paraphrase).

Kelebihan

  1. Anda boleh belajar macam mana kami bangunkan blog dari 0 sampai tersenarai antara top website di Malaysia
  2. Waktu bekerja fleksibel asalkan anda hantar 3 artikel sebelum jam 12 tengah malam
  3. Boleh buat santai-santai sambil layan Netflix!

Cara Mohon

  1. Hantar emel ke [email protected]
  2. Hantar sampel penulis anda dalam Microsoft Word / Google Docs
  3. Pada Subjek emel, letak “Penulis Blog Harian Post”
  4. Tulis cover letter ringkas tentang diri anda
  5. Kalau ada resume lagi bagus!

Sekiranya anda memenuhi kriteria yang kami perlukan, kami akan REPLY emel anda dalam masa 1-3 hari bekerja.