Selangor Pertimbang Isytihar Darurat Iklim, Rakyat Perlu Bersedia

KAWASAN BERISIKO BANJIR DIINGATKAN SIAP SIAGA HADAPI BENCANA – Selangor Pertimbang Isytihar Darurat Iklim

Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri itu sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim.

Dato Seri Amirudin Shari baru-baru ini mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Paras laut berkenaan dibimbangi menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah jika disusuli hujan lebat yang menyebabkan pintu air terpaksa ditutup.

Dalam sebuah surat edaran oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, arahan persediaan menghadapi musim Monsul Timur Laut telah dikeluarkan bersama dengan senarai kawasan yang berisiko banjir dan banjir kilat di 9 daerah negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan depan.

Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Sumber: Selangor Kini, Utusan Malaysia, Astro Awani

Senarai Kawasan Berisiko Banjir & Banjir Kilat Di Selangor

Kerajaan negeri arah pelbagai agensi & jabatan siap siaga mendepani Monsun Timur Laut yang dijangka melanda dalam bulan November-Disember 2022.

JPS Selangor turut mengemukakakan senarai kawasan berisiko banjir & banjir kilat.

Kebanyakan kawasan di Selangor dijangka menerima taburan hujan sekitar 170 hingga 250mm sepanjang bulan ini susulan Monsun Barat Daya sejak 14 Mei.

Sepanjang tempoh berkenaan, kejadian hujan lebat dan ribut petir dijangka berkurangan dengan hanya berlaku pada awal pagi terutama di kawasan pesisir perairan Selat Melaka.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim menerusi surat arahan persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut kepada agensi berkaitan hari ini.

Rujuk infografik oleh Media Selangor seperti yang dilampirkan berikut:

KAWASAN BERISIKO BANJIR & BANJIR KILAT SELANGOR 2022

kawasan banjir selangor
kawasan banjir selangor
kawasan banjir selangor
kawasan banjir selangor
Sumber infografik: Media Selangor

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Tips Penting Menghadapi Banjir

Berikut adalah langkah persediaan dalam menghadapi banjir. Kekal berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

Di rumah

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda secara online di MyPublic InfoBanjir
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan   agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
  • Sediakan Beg Kecemasan yang dilengkapi dengan barang-barang keperluan.


Jika ingin melancong ke kawasan berpotensi banjir

  • Bagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku.
  • Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.
  • Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jadual rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam keadaan banjir.
  • Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, Portal Bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.


SEMASA BANJIR

Ketika mendapat tanda-tanda awal banjir

  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


Semasa pemindahan

  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan dekat mungkin terhalang.


Di dalam kenderaan

  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat


Di dalam rumah

  • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.


Di luar rumah

  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.


SELEPAS BANJIR

  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak  berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.


Semasa memasuki bangunan

  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
  • Periksa ancaman bahaya
  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Dapatkan info amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau aplikasi mudah alih MyPublic InfoBanjir.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: