Jam Garmin Raya Promo. Diskaun Sehingga 17% Beserta Dengan Freegift!

Jam tangan zaman kini bukan lagi seperti zaman dahulu yang hanya menggunakan mekanikal dan analog ataupun digital yang ringkas. Sejak kewujudan teknologi telefon pintar, teknologi yang diguna pakai di telefon pintar ini dipindahkan kepada jam tangan menjadikan jam tangan pintar.

Jam tangan zaman kini bukan sahaja hanya menunjukkan waktu dan tarikh, malah mampu untuk menunjukkan fungsi lain seperti kadar degupan jantung, merekodkan aktiviti-aktiviti sukan seperti berlari, berbasikal dan macam-macam lagi fungsi lain.

Bagi yang ada belum pernah menggunakan jam tangan pintar. Kini di Lazada, janama Garmin sedang menawarkan promosi potongan harga sehingga 17% beserta freegift. Di bawah ini antara model yang ditawarkan di Garmin official store di Lazada.

1 – Garmin Venu SQ GPS Smartwatch

Reka bentuk yang moden dan sesuai untuk lelaki dan lebih kepada wanita kerana saiznya yang agak kecil. Ditawarkan dalam 3 warna iaitu orchid, white dan grey.

2 – Garmin Vivoactive 3 Element GPS Smartwatch

Berbentuk bulat seperti jam-jam yang biasa, model ini sangat sesuai untuk anda yang baru bermula menggunakan jam tangan pintar. Direka dengan 3 warna iaitu white azure, cerise dan grey. Apa yang menarik model ini didatangi dengan HR monitor wrist band!

3 – Garmin Instinct Solar Edition GPS smartwatch

Model Instinct Solar sememangnya model jam tangan Garmin yang setanding Gshock dari segi ketahanan lasaknya. Apa kelebihan jam ini ialah ianya direka dengan ketahan bateri yang lama untuk kategori jam tangan pintar untuk kegunaan aktiviti lasak seperti hiking, triathlon dan banyak lagi. Model yang terbaru didatangi dengan Pulse OX untuk merekodkan kadar oksigen dalam badan dan disediakan dalam 3 warna iaitu sunbrust, graphite dan tidal blue.

4 – Garmin Forerunner 745 GPS Running Watch

Garmin Forerunner 745 ini ada model terbaru. Untuk pengetahuan anda, model siri forerunner mempunyai banyak jenis sesuai dengan bajet anda. Ianya direka sesuai untuk anda yang sukakan aktivti berlari. Namun ada juga aktiviti lain yang boleh direkodkan seperti berbasikal, triathlon, berenang dan banyak lagi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: