Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Melalui CIMB Clicks Online

Berita baik untuk pengguna CIMB, anda kini boleh keluarkan duit Tabung Haji (TH) dan link dengan akaun CIMB untuk buat pelbagai urusan secara online!

Seperti mana Maybank yang membolehkan pengguna akaun menyemak baki TH dan membuat transaksi, kini pengguna CIMB juga menikmati kemudahan sedemikian.

Baca juga: Cara Check Baki Tabung Haji Melalui Maybank2u & Transfer Online

Berikut adalah info lanjut tentang cara link akaun Tabung Haji dengan CIMB dan kemudahan yang boleh digunakan.

Keluarkan Duit Tabung Haji Melalui CIMB

Antara kemudahan terkini yang disediakan oleh CIMBClicks ialah Manage Your Tabubg Haji Account, di mana pengguna boleh melakukan urusan berikut:

  • Semakan baki
  • Pemindahan wang dari CIMB ke Tabung Haji
  • Keluarkan duit Tabung Haji
Link tabung haji dengan cimb

Anda hanya perlu mendaftar akaun Tabung Haji di CIMBClicks dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini:

  1. Login ke laman web www.cimbclicks.com.my
  2. pergi ke menu My Account > Tabung Haji > Click here
  3. Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad debit anda
  4. Tekan butang Submit
  5. Masukkan nombor TAC yang akan dihantar ke telefon bimbit anda untuk melengkapkan proses pengaktifan.

NOTA: Anda juga boleh pergi ke menu Services > Klik 3 titik pada menu Account Linking > Select Tabung Haji > Click on ‘Link Account’

Link tabung haji dengan cimb

Lepas dah disahkan, anda bolehlah buat urusan transaksi Tabung Haji dengan lebih mudah dan selamat, hanya melalui CIMB Clicks.

Simple je kan?

Link tabung haji dengan cimb

Caj Pendaftaran & Pemindahan Wang

Tiada caj yang akan dikenakan untuk mendaftar akaun TH dengan CIMB.

Manakala bagi urusan pemindahan wang berikut akan dikenakan caj RM1:

  • Dari akaun CIMB ke akaun Tabung Haji anda
  • Dari akaun CIMB ke akaun 3rd party Tabung Haji
  • Dari akaun Tabung Haji ke akaun CIMB

Baca juga: Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Tanpa Sebarang Caj (JomPay 2021)

Jumlah Minimum & Maksimum Transaksi

Amaun yang dibenarkan untuk transaksi dari Tabung Haji – CIMB dan sebaliknya adalah seperti berikut:

  • Amaun minimum : RM1.00 per transaksi
  • Amaun maksimum: RM10,000.00 per transaksi
Link tabung haji dengan cimb

Tempoh & Waktu Urusniaga

Kemudahan ini disediakan 24 jam sehari.

So, lepas ni dah mudah nak simpan duit atau keluarkan duit Tabung Haji hanya melalui CIMB Clicks.

Bila-bila saja pun boleh buat semakan baki Tabung Haji dalam akaun.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kemudahan Tabung Haji via CIMB Clicks, anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan CIMB di +603 6204 7788 atau melalui email [email protected].

Untuk lebih info, sila layari

https://www.cimbclicks.com.my/tabung-haji

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: