in

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2020 (10 Jun-10 Julai 2021)

semak semula keputusan spm 2021 2020
ADVERTISEMENT

MAKLUMAN PENTING: Permohonan Semak Semula Keputusan dan Penyemakan Keputusan Kes “T” Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 bermula 10 Jun 2021 hingga 10 Julai 2021.

Calon boleh semak semula keputusan SPM yang telah diumumkan pada 10 Jun 2021 secara online.

Proses permohonan, pembayar dan penandaan juga akan dilakukan secara online.

Bayaran untuk semak semula berdasarkan bayaran RM100.00 bagi setiap mata pelajaran yang dimohon.

Berikut dikongsikan cara memohon semakan semula keputusan SPM di laman web e-Lembaga Peperiksaan.

Baca juga: Sijil Hilang? Ini Cara Dapatkan Secara Online (e-Lembaga Peperiksaan)

Cara Semak Semula Keputusan SPM 2020 / 2021

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan dan Penyemakan Keputusan Kes “T” Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 bermula 10 Jun 2021 hingga 10 Julai 2021.

Jika anda rasa tidak berpuas hati atau mungkin berasa terdapat kesilapan dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk menyemak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

semak semula keputusan spm 2021
Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia / MOE

Permohonan online bagi membuat semakan semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :

  1. Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my
  2. Pilih Menu Perkhidmatan
  3. Pilih tab > Semak Semula
  4. Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’

Rujuk gambar di bawah:

Tarikh Akhir Semakan Semula Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia

Bagi tahun 2021, tarikh semakan semula keputusan SPM ini telah diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu semakan boleh dibuat mulai 10 Jun 2021 hingga 10 Julai 2021.

Anda yang mengalami ‘kes T’ atau ingin membuat semakan semula bagi subjek tertentu keputusan SPM boleh membuat permohonan online dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan info, sila layari Laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia di https://elp.moe.gov.my/ atau Facebook Lembaga Peperiksaan Rasmi ATAU e-mel kepada [email protected]

Anda juga boleh mendapatkan info berkaitan semakan semula keputusan SPM melalui laman web moe.gov.my atau Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan keputusan spm 2020

Muat Turun Slip Keputusan Rasmi SPM Penuh (Mulai 14 Jun 2021)

Senarai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0