Wanita Hina Islam Direman 3 Hari

[UPDATE] ARTIKEL PILIHAN: WANITA HINA ISLAM DIREMAN TIGA HARI

Kuala Lumpur, 10 Julai 2022 – Suspek wanita yang disyaki menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di sini, ditahan malam tadi.

Suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata suspek wanita berusia 26 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa.

“Pada masa ini, suspek ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Siasatan USJT dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/07/975078/wanita-hina-islam-direman-tiga-hari

Sumber: Berita Harian Online

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: