in

Tular Video Isi Kotak Food Bank Malaysia, Ini Penjelasan KPDNHEP

ADVERTISEMENT

KENYATAAN MEDIA : PENJELASAN VIRAL DI MEDIA SOSIAL BERKAITAN SUMBANGAN FOOD BANK KPDNHEP

Situasi banjir yang agak membimbangkan tempoh hari menyebabkan ramai orang awam memberi kritikan hebat terhadap kerajaan.

ADVERTISEMENT

Hari ini, media sosial dibanjiri pula dengan satu video yang tular di mana ia menunjukkan isi barangan yang diberikan oleh KPDNHEP melalui Program Foodbank Malaysia.

Dalam sebuah kenyataan balas, KPDNHEP menjelaskan bahawa Konsep Program Food Bank Malaysia ini adalah untuk menyelamatkan lebihan makanan yang masih boleh dimakan melalui pengumpulan daripada penyumbang iaitu pasaraya, pengilang, pengusaha makanan, hotel dan syarikat korporat.

Makanan yang telah dikumpul kemudiannya akan diagihkan kepada kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti daripada keluarga miskin dan kurang upaya, rumah-rumah kebajikan, pusat bantuan makanan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelajar-pelajar Universiti yang kurang berkemampuan.

Pihak KPDNHEP berharap agar orang awam tidak tersalah info dan memahami konsep program ini kerana tiada peruntukan kerajaan yang terlibat dalam program ini.

Sebaliknya, ia adalah program kesukarelawan yang dikendalikan oleh kementerian dan ia juha bukanlah program bantuan makanan rasmi kerajaan seperti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi menjelaskan isu video yang tular berkenaan, KPDNHEP juga ingin menjelaskan bahawa kotak yang disediakan itu adalah merupakan pek individu yang dihasratkan untuk kegunaan segera individu yang dilanda musibah dan golongan yang perlu dibantu.

Barangan yang disumbangkan di dalam kotak Food Bank Malaysia tersebut terdiri daripada makanan kering (ready to eat) dan keperluan diri.

Barangan lain turut disediakan di luar kotak seperti beras, guka, tepung, lampin pakai buang bayi dan orang dewasa beserta tuala wanita.

Sila rujuk kenyataan media di bawah untuk maklumat lanjut dan penjelasan oleh pihak KPDNHEP.

Food bank Malaysia
Food bank malaysia

Sumber: KENYATAAN MEDIA : PENJELASAN VIRAL DI MEDIA SOSIAL BERKAITAN SUMBANGAN FOOD BANK KPDNHEP

Untuk maklumat lanjut berkaitan program Foo Bank Malaysia, sila layari pautan https://www.kpdnhep.gov.my/ms/kepenggunaan/program/program-foodbank.html

Baca juga:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

insurans bencana alam

Lelaki Kongsi Cara Claim Insurans Bencana Alam Untuk Rumah, Dapat 60K Untuk Perabot Saja

semakan upkk mpkafa

Semakan Keputusan UPKK / MPKAFA 2021 (Portal SIMPENI)