Sedap Dan Viral! Ini 5 Kedai Kopi Lokal Yang Anda Boleh Cuba

Siapa sahaja yang tidak menggemari kopi. Lebih-lebih lagi apabila kawasan berdekatan anda terdapat kedai-kedai kopi yang menyajikan kopi yang lazat, sampai viral satu Malaysia!

Walaupun ketika ini kita semua perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, namun kedaan ini tidak dapat menghalang anda untuk mencuba kopi yang anda gemari.

Disini kami ingin menyenaraikan beberapa kedai kopi tempatan yang sedang tular dan mendapat perhatian daripada orang ramai. Untuk anda yang menggemari kopi, sila semak sampai habis okay!

Baca juga: 30 Tempat Menarik Di Kuantan Pahang. Mesti Pergi!

Senarai Kedai Kopi Viral & Sedap, Mesti Cuba!

Untuk peminat kopi, jom cuba kopi viral ni:

1. Kopi Senget, Teluk Panglima Garang Selangor

Kredit foto: Instagram Kopi Senget

Kopi Senget sememangnya terkenal di kawasan berdekatan Selangor karana kedai kecil ini menyediakan menu-menu istimewa untuk pelanggan mereka.

Kedai kecil ini mula dikenali selepas tular di laman Twitter. Untuk pengetahuan, kedai comel ini hanya terletak dihadapan laman rumah.

Selain menyajikan pelbagai jenis kopi, Kopi Senget juga turut menyediakan menu makanan seperti nasi lemak, pastri dan kek.

Kredit foto: Instagram Kopi Senget

Untuk anda yang berdekatan dengan kawasan Teluk Panglima Garang, boleh lah anda datang ke kedai ini untuk mencuba kopi mereka. Tapi jangan lupa jaga SOP ye semasa disana.

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8 pagi – 11 pagi & 5 petang – 11 malam) Jumaat (5 petang hingga 9 malam) Ahad tutup.

2. Tentang Kopi, Kangar Perlis

Kredit foto: Instagram Tentang Kopi

Dengar nama sahaja pun dah menarik. Kedai kopi ini berlokasi di Kampungg Nesam, Jalan Bintong, Kangar.

Tentang Kopi merupakan port kegemaran bagi penggemar kopi di negeri Indera Kayangan ini. Selain menyediakan pelbagai jenis kopi yang lazat, Tentang Kopi juga turut menyediakan menu makanan yang menarik seperti mac and cheese dan pasta.

Kredit foto: Instagram Tentang Kopi

Tidak hanya menyajikan makanan berat, kedai kopi kegemaran ramai ini juga turut menyediakan pencuci mulut seperti pastri dan kek.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Sabtu. (12 tengahari – 10 malam)

3. Kopi dan Kudap, Kampung Tanjung Bukit Rakit, Terengganu

Untuk anda yang berada di Terengganu, Ini antara kedai kopi terbaik yang anda boleh cuba!

Pernah beberapa kali tular di Twitter, cafe ini sering mendapat perhatian ramai kerana mempunyai lokasi dan tempat yang cantik.

Kredit foto: Instagram Kopi dan Kudap

Bayangkan berada sebuah cafe yang terletak di kawasan ladang pokok kelapa yang tinggi melambai sambil ditiup angin. Pastinya lokasi ini menjadi kegemaran anda yang gemar bersantai.

Kopi viral
Kredit foto: Instagram Kopi dan Kudap

Kopi ini terkenal dengan best seller mereka iaitu kopi ais dan beberapa menu lain seperti roti bakar, pisang dan keledek goreng. Memang port mengopi terbaik!

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Isnin (4 petang – 7 petang)

4. Hirup Kopi, Kepala Batas, Pulau Pinang

Untuk anda yang berada di Pulau Pinang, ini antara kedai kopi yang perlu ada dalam senarai kopi kegemaran anda.

Kopi viral
Kredit foto: Instagram Hirup Kopi

Apa yang menarik tentang kopi ini adalah setiap cawan kopi akan ditulis dengan ayat-ayat puisi yang indah. Boleh lah anda mencicip kopi enak sambil membaca ayat-ayat manis yang mereka sertakan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (8 pagi – 11 pagi & 5 petang – 9 malam)

5. Kopisor, Bachok Kelantan

Sesiapa yang berada di daerah Bachok pasti akan tahu tentang kewujudan kedai kopi ini. Terletak di beberapa deret kedai yang lain, kedai kopi ini berlokasi di Chabang Tiga Melawi.

Kopi viral
Kredit foto: Instagram Kopisor

Selain menwarkan kopi dengan harga yang berpatutan, antara best seller yang terdapat di kedai ini adalah burnt cheese cake mereka. Anda wajib cuba okay.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Rabu (12 tengahari – 6 petang) Jumaat (3 petang – 6 petang)

Baca juga: 15 Tempat Makan Best Di KL. Anda Mesti Cuba!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: