Suami Minta ‘Jahit Extra’ Lepas Isteri Bersalin, Doktor Ini Beri Pesanan

Pengorbanan seorang isteri yang membawa kandungan selama sembilan bulan serta bertarung nyawa untuk melahirkan anak amat mencabar bagi para wanita.

Namun pada situasi sebegitu, peranan seorang suami juga amat penting untuk memberi sokongan moral kepada isteri sehingga bersalin.

Walau bagaimanpun, terdapat segelintir lelaki yang meminta kepada doktor untuk membuat daddy stitch bagi kepentingannya sendiri.

Daddy stitch untuk kepuasan ketika ‘bersama’

Menerusi video yang telah dikongsi oleh Dr Sandra di akaun TikToknya, dia memberitahu bahawa tujuan daddy stitch dilakukan adalah untuk kepuasan suami isteri ketika mereka ‘bersama’ dengan menganggap faraj akan menjadi ketat semula jika dijahit selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, kesan sampingan terhadap jahitan tersebut akan membuatkan isteri berasa sakit dah perit. Malah ianya berisiko untuk mengalami pendarahan yang serius.

Lebih menyedihkan lagi apabila seorang suami meminta jahitan berkenaan ditambah tanpa memberitahu atau meminta kebenaran isterinya sendiri. Selepas bertahun-tahun, wanita itu baru menyedari mengenai kondisinya setelah dia membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor.

‘Tolong lah jangan buat macam ini’

@drsandramd

Reply to @nurrul67 please let’s protect women! suami2 tolong la jgn buat camni! say No to husband’s stitch #drsandramd #healthcheck #husbandstitch

♬ original sound – Sandra Raman MD – 𝑫𝒓 𝑺𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒏
@drsandramd

Reply to @elyshiaabegail banyak informasi yang bercanggah, kita pun tak tau sangat siapa yang buat macam mane boleh terjadi #drsandramd #husbandstitch

♬ original sound – Sandra Raman MD – 𝑫𝒓 𝑺𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒏

Sumber: Tiktok Drsandramd

Baca juga: Dijaga Sejak Kecil. Kanak-kanak Meraung Ketika Pulang Ke Pangkuan Keluarga Kandung Undang Sebak!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: