Insentif Awal Penjawat Awam RM2000 – Belanjawan 2024

Insentif Awal Penjawat Awam RM2000 – Belanjawan 2024 | Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 yang lalu, pihak kerajaan turut mengumumkan  Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Bukan itu sahaja, semua kakitangan Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform serta pesara kerajaan juga turut mendapat insentif khusus

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: INTIPATI Belanjawan 2024 – Senarai Bantuan & Insentif Untuk Rakyat

Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Untuk pengetahuan anda, Perdana Menteri pernah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menaikkan gaji penjawat awam dalam amaun yang kecil buat sementara waktu menerusi Belanjawan Madani 2024 sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun diselesaikan selewat-lewatnya tahun depan. 

Insentif Awal Penjawat Awam RM2000 - Belanjawan 2024

Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu yang melibatkan pemberian kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) mulai 1 Julai 2013, melibatkan kenaikan antara RM80 hingga RM320.

Kerajaan sewajarnya bersedia untuk menaikkan gaji penjawat awam dengan pelaksanaan kenaikan kadar gaji 8 peratus bagi gred 40 dan ke bawah dan 5 peratus bagi gred 41 hingga gred 54.

Kadar minimum kenaikan kadar gaji yang ditetapkan adalah sebanyak RM200. Perubahan kadar gaji ini juga akan turut melibatkan penyelarasan pencen pesara yang akan menikmati pencen bulanan yang lebih baik.

Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

BACA JUGA: Diskaun Bayaran Balik PTPTN – Belanjawan 2024

Insentif Awal Penjawat Awam – Belanjawan 2024

Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000  kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Kerajaan juga akan memberi RM1,000 kepada semua kakitangan Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform serta pesara kerajaan. 

Insentif Awal Penjawat Awam RM2000 - Belanjawan 2024

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Tarikh Bayaran Insentif Penjawat Awam 2024

Untuk makluman, tarikh bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024. 

Ini adalah sekaligus bagi membantu meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Insentif Awal Penjawat Awam RM2000 - Belanjawan 2024

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2024, sila layari pautan berikut: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: