Cara Pasang Pelekat RFID Di Kereta Anda & Aktifkan eWallet Touch n Go
TOUCH N GO DAN SMART TAG AKAN DIMANSUHKAN SECARA BERPERINGKAT UNTUK MEMBERI LALUAN BAGI PELAKSANAAN LORONG RFID
Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan bahawa transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan mulai 15 Januari 2022.
Susulan pelaksanaan tersebut, 2 kaedah pembayaran tol iaitu Touch n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat bagi membolehkan seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia menyediakan lorong RFID bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.
Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam sebuah kenyataan media bertarikh 16 Disember 2021.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.
Apakah RFID?
Merupakan sebuah transaksi tanpa sentuh dan tanpa tunai sebagai langkah mengurangkan kesesakan di plaza tol dan selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR.
Dengan sistem ini, pelanggan berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong Radio Frequency Identification dengan kelajuan 30km/j.
Ia juga boleh ditambah nilai melalui Touch n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.
Penggunaan Tag RFID tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota.
Apakah kelebihannya berbanding SmartTag atau Touch n Go?
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang pendaftaran dan pemasangan RFID untuk makluman bersama.
Kelebihan RFID Touch n Go
1. Tak Perlu Berhenti Untuk Imbas Kad
Radio Frequency Identification adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol.
Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.
Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.
Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.
2. Tidak Perlu Bateri
Dengan RFID juga, anda tidak perlu lagi membeli dan menukar bateri SmartTAG anda!
3. Boleh Tambah Nilai Secara Online
Menerusi sistem ini, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan.
Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.
Baca juga: Cara Check Baki Touch N Go Guna IC
Harga & Cara Pembelian
Harga jualan RFID adalah RM35.
Sticker / tag pelekat RFID ini boleh didapati di Touch ‘n Go eWallet, Lazada, Shopee atau Pusat Pemasangan berhampiran anda.
Kalau beli online di Touch n Go eWallet lebih murah, sebab sekarang ada diskaun dan boleh dibeli dengan harga RM25 saja.
Rujuk : Cara Beli RFID Online Guna Apps Touch n Go. Mudah & Lebih Murah!
Cara Daftar & Pengaktifan Tag
Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:
- Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
- Klik pada butang ‘Activate’
- Isikan dan semak butiran akaun anda
- Daftarkan kenderaan anda
- Masukkan nombor tag RFID 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
- Buat pengesahan dan verifikasi.
Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem ini untuk transaksi tol, PLUS juga menyediakan perkhidmatan pemasangan tag di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.
Cara Pemasangan Tag RFID
Setelah mengaktifkan, anda boleh terus membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda.
Langkah pemasangan tag pada kenderaan adalah seperti berikut:
- Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
- Buka pelekat dan tampalkan
- Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
- Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
- TNG RFID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam
Sila rujuk panduan video di bawah:
Lokasi Fitment Centre / Ujian Palang
KALAU NAK LEBIH MUDAH, kepada yang belum dan nak pasang RFID, anda juga boleh beli dan pasang sekali di RFID Fitment Centre.
Bukan apa, dekat situ anda boleh terus test sekali supaya kita tak menggelabah kalau tersangkut dekat lorong tol nanti.
Location Fitment Centre boleh refer sini :
https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/main.