in

Rukun Nikah & Syarat Sah Nikah Dalam Perkahwinan Islam

rukun nikah syarat sah
ADVERTISEMENT

Rukun Nikah Dan Syarat Sah Nikah

Perkahwinan merupakan perkara yang sangat dituntut dan merupakan sunnah Nabi Muhammad saw. Ia merupakan perikatan hubungan yang sangat digalakkan oleh Islam bagi mereka yang telah memenuhi syarat serta berkemampuan dalam semua aspek.

Perkahwinan di dalam sudut Islam bukan sekadar lambang penyatuan dua insan dan soal cinta, malah ia merupakan ibadah dan tanggunggjawab yang perlu dipenuhi setelah bergelar suami dan isteri.

ADVERTISEMENT
 rukun nikah dan syarat sah nikah

Kredit Foto : pesonapengantin.my

Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, di sini dikongsikan serba sedikit tentang rukun nikah, syarat sah nikah, serta wali untuk makluman bersama.

Rukun Nikah

Suatu pernikahan hanyalah sah apabila pengantin menyempurnakan rukun nikah serta syarat sah nikah.

Seperti yang dipersetujui oleh jumhur ulama, rukun nikah terdiri daripada 5 perkara asas iaitu :

  1. Pengantin Lelaki (Suami)
  2. Pengantin Perempuan (Isteri)
  3. Wali
  4. Dua orang saksi
  5. Ijab dan kabul

Kelima-lima rukun nikah pula perlulah menepati syarat-syarat sah nikah. Setiapnya mengandungi kriteria yang perlu ditepati agar nikah yang dilaksanakan sah.

Syarat-Syarat Sah Nikah Buat Pengantin Lelaki (Suami)

Calon suami hendaklah menepati syarat-syarat berikut :

  1. Beragama Islam.
  2. Tertentu orangnya.
  3. Tidak mempunyai empat orang isteri (termasuk jika telah bercerai tetap masih dalam idah).
  4. Tiada halangan untuk berkahwin dengan perempuan yang hendak dinikahi menurut hukum syarak.
  5. Tidak dalam ihram haji atau umrah.
  6. Sah kelelakiannya.
  7. Kahwin secara sukarela tanpa paksaan menurut hukum syarak.

Syarat-Syarat Sah Nikah Buat Pengantin Wanita (Isteri)

Calon isteri pula hendaklah mempunyai syarat-syarat berikut :

  1. Beragama Islam.
  2. Tertentu orangnya.
  3. Sah kewanitaannnya.
  4. Bukan isteri orang atau dalam idah suami terdahulu.
  5. Tidak dalam ihram haji atau umrah.

Baca juga:

Syarat-Syarat Sah Nikah Buat Wali

  1. Beragama Islam.
  2. Lelaki.
  3. Baligh.
  4. Sukarela tanpa paksaan.
  5. Tiada dalam ihram haji atau umrah.
  6. Tidak ditahan daripada menguruskan hartanya kerana safih.
  7. Sempurna akal.
  8. Adil.

Syarat-Syarat Sah Nikah Buat Saksi

  1. Beragama Islam.
  2. Sempurna akal.
  3. Lelaki boleh mendengar.
  4. Boleh melihat.
  5. Boleh bertutur.
  6. Faham bahasa ijab kabul.
  7. Tidak ditentukan menjadi wali.
  8. Adil.

Jenis-Jenis Wali

Berdasarkan perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, calon isteri pelulah mendapatkan keizinan daripada walinya agar pernikahan sah.

Senarai Wali

Senarai wali bagi pernikahan mengikut susunan keutamaan (tertib) adalah seperti berikut :

  1. Bapa.
  2. Datuk dan ke atas.
  3. Saudara lelaku seibu sebapa (adik beradik).
  4. Saudara lelaki sebapa (adik beradik).
  5. Anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa (anak saudara).
  6. Anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa dan ke bawah (anak saudara).
  7. Saudara lelaki bapa seibu sebapa (bapa saudara).
  8. Saudara lelaki bapa sebapa (bapa saudara).
  9. Anak lelaki daripada saudara lelaki bapa seibu sebapa (sepupu).
  10. Anak lelaki daripada saudara lelaki bapa sebapa dan ke bawah (sepupu).
  11. Saudara lelaki kepada bapa kepada bapa seibu sebapa (datuk saudara).
  12. Saudara lelaki kepada bapa kepada bapa seibu sebapa (sepupu kepada bapa).
  13. Anak saudara lelaki kepada bapa kepada bapa sebapa (sepupu kepada bapa).
  14. Wali Hakim (sekiranya tiada wali yang tersebut di atas).
 rukun nikah dan syarat sah nikah

Sebab Perpindahan Wali

Perpindahan Wali Akrab (wali dekat) kepada Wali Ab’ad (wali jauh) boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut :

  • Kafir atau murtad
  • Belum baligh
  • Tidak sempurna akal
  • Fasik
  • Kematian wali akrab

Wali Hakim

Seseorang perempuan perlu berkahwin menggunakan wali hakim apabila berlaku salah satu daripada sebab-sebab berikut :

  • Tiada wali nasab
  • Wali nasab yang akrab tidak memenuhi syarat-syarat wali dan wali yang berikut atau wali ab’ad tidak ada.
  • Wali berada di tempat yang jauh, iaitu berada dalam dua marhalah (tidak kurang daripada 93 km) atau lebih dan tidak mewakilkan orang lain untuk mengakad nikah perempuan yang hendak berkahwin itu.
  • Wali yang ditahan dalam penjara dan tidak dapat dihubungi.
  • Wali sedang dalam ihram atau umrah
  • Wali enggan menikahkannya tanpa sebab yang munasabah
  • Wali menyembunyikan diri kerana tidak mahu menikahkannya.
  • Wali sengaja menangguh-nangguhkan akad nikah tanpa sebab.
  • Wali hilang dan tidak diketahui tempatnya serta tidak diketahui hidup atau mati.
  • Wali hendak berkahwin dengan perempuan yang dia sendiri menadi wali sedangkan tiada wali lain yang sedarjat dengannya.

Syarat-Syarat Sah Nikah Buat Ijab dan Kabul

Ijab dan kabul hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :

  • Lafaz akad tidak mengandungi taklik
  • Lafaz akad tidak mengandungi batas waktu
  • Lafaz kabul hendaklah mengandungi lafaz terima nikah
  • Lafaz kabul hendaklah disebut nama perempuan atau ganti nama
  • Lafaz ijab dan kabul hendaklah berturut-turut (tidak diselangi dengan perkataan yang lain atau diam yang lama antara ijab dan kabul).
  • Hendaklah berkekalan kelayakan orang yang melafazkan ijab dan kabul serta saksi-saksi itu sehingga selesai akad.
  • Lafaz ijab dan kabul didengar dan difahami oleh kedua-dua saksi.

Di samping persiapan dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental dan kewangan, bakal pengantin juga perlulah melengkapkan diri dengan ilmu munakahat sebelum mendirikan rumahtangga. Rukun nikah serta syarat-syarat sah nikah perlulah difahami dan dilengkapi agar pernikahan sah.

Semoga dengan persiapan yang anda lakukan bersama pasangan dapat memudahkan segala urusan dalam perikatan perkahwinan yang dibina.

Sumber :

  • Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM)
  • Siapa wali yang layak? hmetro.com.my

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Tular Video Isi Kotak Food Bank Malaysia, Ini Penjelasan KPDNHEP

46 Lokasi Terkini Tanah Runtuh Di Selangor Dan Kuala Lumpur, 9 Kritikal