Semakan Rebat 100% Bil Elektrik TNB Mangsa Banjir
Rebat 100 peratus secara sekali beri atau ‘one-off’ bagi bil elektrik Disember diberikan kepada pengguna domestik bagi meringankan beban mangsa banjir, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata pemberian rebat itu bakal memanfaatkan sekitar 72,000 pengguna domestik yang menjadi mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.
“Untuk meringankan beban mangsa banjir, TNB akan memberi rebat 100 peratus secara ‘one-off’ untuk bil elektrik Disember, yang akan memanfaatkan 72,000 pelanggan domestik, iaitu rumah.
Selain itu, katanya, TNB turut memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian percuma kepada mangsa banjir.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rebat TNB ini.
Apakah Itu Rebat 100% TNB?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi rebat 100 peratus secara ‘one-off’ bagi bil elektrik bulan ini kepada mangsa banjir yang terjejas bagi meringankan beban mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan 72,000 pelanggan domestik dan tidak membabitkan kilang.
Rebat bil elektrik ini bermakna bil akan dipulangkan balik dan ia hanya ‘one-off’ bagi bulan Disember.
Pengguna yang layak akan menerima Rebat Bantuan Banjir di dalam bil elektrik bulan Januari 2022.
Baca juga:
- Cara Update MySJ Trace Di MySejahtera Anda
- Tarikh Buka Sekolah Penggal 3 2022 Ditangguh Seminggu Susulan Banjir
Siapakah Yang Layak Menerima Rebat Ini?
- Pengguna dari kategori Kediaman (Tarif A – Domestik); dan
- Premis pengguna dimasuki dan/atau dinaiki air semasa tempoh banjir bulan Disember 2021 di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Jumlah Rebat Banjir TNB Yang Akan Diterima
Pengguna yang layak akan menerima jumlah rebat berdasarkan tarikh bil bulan Disember 2021 iaitu:
- Jika bil bulan Disember 2021 anda di antara 1 – 17 Disember 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Januari 2022.
- Jika bil bulan Disember 2021 anda di antara 18 – 31 Disember 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Disember 2021.
Cara Pengiraan
Sekiranya anda layak menerima Rebat Bantuan Banjir, pemberian rebat ini akan dimasukkan ke dalam bil bulan Januari 2022.
Anda juga akan menerima Penyata Rebat Bantuan Banjir serta risalah berkaitan Rebat Bantuan Banjir dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh bacaan meter dibuat.
Contoh Bil
Nota: Bil ini adalah berdasarkan Tarikh bil sebelum 18 Disember 2021 di mana rebat akan diberikan berdasarkan caj semasa bil Januari 2022.
Penyata Rebat Bantuan Banjir yang akan diserahkan bersama bil elektrik bulan Januari 2022.
- Jika bil Disember 2021 anda di antara 1 – 17 Dis 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Januari 2022
- Jika bil Disember 2021 anda di antara 18-31 Dis 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Disember 2021
Cara Permohonan (Jika Tidak Mendapat Rebat Banjir Automatik)
Pengguna yang layak boleh menghubungi TNB CareLine atau Kedai Tenaga yang berdekatan dengan memajukan Borang Pengesahan Rebat Bantuan Banjir berserta pengesahan yang diperolehi dari agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua Masyarakat.
Pihak TNB akan membuat semakan dan pengesahan susulan sebelum meluluskan pemberian rebat bagi pengguna yang layak. Tarikh akhir permohonan rebat kepada pihak TNB adalah pada 28 Februari 2022.
Cara Semakan Bil Elektrik TNB Online
Anda boleh mendapatkan salinan bil dalam tempoh 7 hari bekerja selepas bacaan meter dibuat melalui:
I. Aplikasi myTNB (muat turun secara percuma di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery)
II. Portal myTNB di www.mytnb.com.my
III. E-mel ke [email protected]
IV. Hubungi TNB CareLine 1-300-88-5454 (Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 7.00 petang, Hujung minggu & cuti umum: 8.00 pagi – 5.00 petang)
V. Media Sosial: Private Message di Facebook TNB Careline
Maklumat Lanjut
Bagi yang terjejas, anda boleh mendapatkan makluman terkini dengan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa di website TNB dan FB TNB Careline.
- Laman web rasmi TNB : http://www.tnb.com.my/
- Facebook TNB Careline : https://www.facebook.com/TNBCareline/
- Hebahan Rebat Bantuan banjir TNB : https://www.tnb.com.my/rebatbantuanbanjir
- TNB CareLine : 1-300-88-5454.
Sebarang pertanyaan bagi pihak TNB membantu anda, mohon majukan butiran berikut ke Private Message TNB Careline Facebook untuk tindakan selanjutnya :
1) Nama anda
2) Alamat lengkap termasuk poskod
3) Nombor telefon pertama
4) Nombor telefon kedua