No Plat Fancy, Tak Ikut Spesifikasi JPJ, Boleh Kena Saman RM3000
ADALAH SUATU KESALAHAN MEMASANG NOMBOR PENDAFTARAN (NO. PLAT) MENGELIRUKAN, KABUR ATAU ‘FANCY’, TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI JPJ
Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.
Berikut contoh-contoh gambar kenderaan yang tular di media sosial dan tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan:
Pemilik kenderaan bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ.
Baca juga: mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter
Spesifikasi No Plat Yang Ditetapkan JPJ
Spesifikasi No Plat Kenderaan
3 Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
- Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Orang ramai adalah disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’ di alamat email [email protected] bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.
Baca juga: Peraturan Cermin Gelap PUSPAKOM / JPJ 2021 : Syarat, Prosedur & Permohonan
SUMBER:
IBU PEJABAT
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
MALAYSIA
Pautan Facebook JPJ: https://www.facebook.com/100064392565882/posts/250668267089590/