Bantuan Selangor Bangkit (BSB) RM1000 Untuk Keluarga Terjejas Banjir

PENGUMUMAN KHAS BANTUAN SELANGOR BANGKIT (BSB)

Kejadian banjir besar di Selangor adalah antara yang terburuk pernah dicatatkan di negeri itu.

Difahamkan insiden banjir di Selangor setakat ini sudah mengorbankan 25 nyawa.

“Malah, ada sukarelawan yang turut meninggal dunia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).”

“Kami berharap, mereka semua bersabar dengan cubaan dan dugaan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti punca kematian melibatkan kesemua mangsa.

Jelasnya, mungkin ada mangsa yang meninggal dunia disebabkan lemas akibat banjir, tetapi mungkin ada kematian disebabkan perkara-perkara lain.

banjir selangor

Turut diumumkan bahawa mangsa banjir di negeri Selangor yang kehilangan ahli keluarga akibat bencana itu bakal menerima RM10,000 sumbangan Kerajaan Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan RM1000 turut diagihkan kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman yang rosak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Selangor Bangkit (BSB).

Bantuan Selangor Bangkit (BSB) Untuk Mangsa Banjir Di Selangor

Pengumuman Khas Bantuan Selangor Bangkit

Jenis Mangsa Banjir Yang Layak / Boleh Memohon

  • Berada di PPS
  • Berada di PPS Swasta
  • Tidak berpindah ke PPS

Lokasi Pendaftaran dan Jenis Pendaftaran

i) Pusat Pemindahan Sementara yang masih beroperasi

  • Dilaksanakan berperingkat mulai Rabu (29/12) menggunapakai senarai nama yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pengurus PPS
  • Tidak perlu sediakan dokumen tambahan

ii) Pusat Sehenti (OSC) yang akan ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah khusus untuk mangsa yang telah berpindah keluar dari PPS ke rumah masing-masing

iii) Rumah ke Rumah

  • Bermula secara berperingkat mulai 3 Januari 2022
  • Lokaliti kawasan akan ditentukan oleh Pejabat Daerah & Tanah
  • Dibantu oleh Pejabat Parlimen, Pusat Khidmat DUN & Penyelaras DUN, Ahli Majlis, Ketua Kampung
  • Pasukan sukarelawan seperti Team Selangor & SERVE

iv) Dalam Talian (Online)

  • Hotline dan laman web rasmi akan diumumkan
  • Bermula pertengahan Januari 2022

Dokumen yang diperlukan (Untuk Mereka Yang Tidak Berpindah Ke PPS Sahaja)

  • Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pasport (bagi yang kehilangan dokumen, permohonan ganti boleh dibuat di kaunter PDRM di OSC)
  • Pengesahan oleh SALAH SATU dari Ketua Kampung ATAU Penghulu ATAU Ahli Majlis ATAU Ketua Persatuan Penduduk ATAU yang setara dengannya.
  • TIDAK PERLU Gambar & Laporan Polis

Jenis Bantuan Selangor Bangkit (BSB)

i) RM 10 RIBU

  • Setiap keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia di Selangor
  • Setiap keluarga sukarelawan / ahli NGO yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir.
  • Setiap keluarga petugas agensi Kerajaan Negeri yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir

ii) RM 1 RIBU

  • Kepada setiap keluarga mangsa banjir di Selangor

Sumber: Menteri Besar Selangor, Aminudin Shaari

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: