COVID-19: SK Taman Cempaka Diarah Tutup, Murid Jalani Ujian Calitan

Covid-19: SK Taman Cempaka diarah tutup sementara

Sejak semalam tular di media sosial memo makluman kepada ibu bapa dan penjaga sekolah berkenaan arahan penutupan sementara sebuah sekolah berikutan wabak Covid-19.

Dalam memo makluman berkenaan, dinyatakan seorang kakitangan sekolah, seorang murid dan tiga guru sekolah berkenaan disahkan positif Covid-19 setakat kelmarin.

Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengesahkan bahawa Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cempaka, Tampoi, Johor Bahru diarah tutup sementara bermula semalam sehingga 25 Mac ini berikutan wabak Covid-19 dikesan di sekolah itu.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu, berkata penutupan sementara itu bagi proses sanitasi dan nyah cemar di sekolah.

Warga Sekolah Termasuk Murid Menjalani Ujian Calitan

“Benar, hari ini warga sekolah termasuk murid menjalani ujian calitan.

“Sekolah berkenaan juga memenuhi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan bagi pencegahan penularan wabak Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

“Sehubungan itu, murid-murid beberapa kelas Tahun Dua, Tahun Tiga, Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam akan menjalani ujian calitan.

“Ibu bapa dan penjaga akan dimaklumkan oleh guru kelas masing-masing tarikh dan masa untuk murid-murid menjalani ujian berkenaan,” kata memo berkenaan.

Tinjauan media di SK Taman Cempaka pagi ini mendapati ibu bapa sudah beratur di hadapan sekolah sejak 9 pagi tadi dipercayai bagi menghantar anak masing-masing menjalani ujian calitan.

Baca juga: Fungsi Baru MySejahtera – Daftar Vaksin Untuk Tanggungan Mulai Hari Ini

Difahamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga sudah melakukan proses sanitasi dan nyah cemar di kawasan sekolah sebanyak dua kali.

*Sumber: Harian Metro

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: