Cuti Hari Wilayah 2023

blank

CUTI HARI WILAYAH 2023

Tahukah anda apakah itu Hari Wilayah dan bilakah cuti Hari Wilayah tahun 2023?

Ramai juga tentu nak tahu adakah ia jatuh pada hujung minggu?

Maklumlah, dah tentu ada yang nak mohon cuti dan nak pastikan sama ada dapat cuti tambahan untuk balik kampung atau jalan-jalan kan?

Berikut dikongsikan lebih lanjut info tentang Wilayah Persekutuan dan cuti Hari Wilayah 2023 untuk makluman bersama.

Hari wilayah 2022

Apakah Hari Wilayah?

Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur yang dahulunya, sebahagian daripada Selangor diserahkan oleh Sultan Selangor ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kepada kerajaan Persekutuan untuk dijadikan ibu negara dan ditadbir secara langsung.

Melalui Perjanjian Kuala Lumpur, detik bersejarah tercipta apabila Kuala Lumpur diisytiharkan secara rasmi sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Feb 1974 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak.

Labuan pula diangkat menjadi Wilayah Persekutuan kedua pada 1984 diikuti Putrajaya pada 2001.

Ketiga-tiga wilayah ini dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan setiap wilayah ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan (Labuan) dan Perbadanan Putrajaya (Putrajaya).

Penyatuan tiga wilayah itu juga dilihat penting dalam merangsang perpaduan dan pertumbuhan ekonomi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Hari Wilayah disambut pada 1 Februari setiap tahun.

Cuti Hari Wilayah 2023

Bagi tahun 2023 ini, Hari Wilayah Persekutuan akan disambut pada 1 Februari 2023, bersamaan dengan hari Rabu.

Hari ini merupakan Hari Kelepasan Am (Cuti) bagi 3 wilayah berikut:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Wilayah Persekutuan Putrajaya
cuti 2023

Sumber : https://www.kabinet.gov.my/bkpp/

Cuti gantian secara automatik pada hari berikutnya hanya diberikan jika hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan (Jumaat atau Ahad) mengikut negeri masing-masing selaras dengan seksyen 3 Akta 369.

Untuk memudahkan anda membuat perancangan, sila rujuk kalendar di bawah.

Sebagai makluman, dalam bulan Februari ini juga terdapat Cuti Hari Thaipusam (5 Februari) dan cuti sekolah akhir tahun 2022/2023 yang akan bermula pada 18 Februari 2023.

blank

Cuti sekolah ini merupakan cuti akhir tahun sebelum bermula sesi persekolahan 2023/2024 pada 19 Mac 2023 nanti.

Rujuk : Takwim Persekolahan KPM 2023/2024