in

SOP Akad Nikah & Majlis Perkahwinan / Kenduri Terkini (Fasa 4)

sop nikah selangor
ADVERTISEMENT

SOP Akad Nikah / Majlis Perkahwinan / Kenduri Terkini

Untuk makluman, bagi negeri yang telah masuk Fasa 4 ini, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial DIBENARKAN bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.

ADVERTISEMENT

Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum

Rujuk SOP penuh di bawah:

SOP Akad Nikah / Majlis Perkahwinan Terkini (Fasa 4)

Sumber: Twitter Menteri Pertahanan, 23 Oktober

Di samping had ketetapan kehadiran yang ditetapkan, pelaksanaan majlis akad nikah perlu mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Jika terdapat mana-mana pelanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh mengangguhkan atau membatalkan upacara akad nikah.

Tindakan tegas sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi SOP dan peraturan semasa yang ditetapkan.

Baca juga: Hujan Lebat Dan Ribut Petir Dijangka Melanda 11 Buah Negeri

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prosedur nikah Selangor dalam tempoh PPN, sila rujuk laman web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pautan berikut:

https://ncr.jais.gov.my/

ATAU

Sila hubungi 03-5514 3600 / Facebook https://www.facebook.com/JabatanAgamaIslamSelangor

Untuk temujanji urusan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah, sila tekan pautan di bawah :

Janji Temu urusan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) :

Manual Pengguna Sistem E-Temujanji

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Coklat Nestum Bar. Hanya 2 Bahan Saja Dan Tak perlu Bakar!

bkss 7.0

BKSS 7.0: Permohonan & Semakan Bantuan Peniaga RM10,000 One-off