Vibes 2.0: Portal JHEV / Veteran ATM – Semak Pencen & Bantuan
Vibes 2.0: Portal JHEV / Veteran ATM – Semak Pencen, Jadual Pembayaran & Bantuan
Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0 adalah merupakan sebuah portal yang diwujudkan khusus untuk para pesara JHEV / veteran ATM bagi menyemak penyata pencen, bantuan dan pelbagai urusan yang berkaitan perkhidmatan JHEV ATM.
Dengan adanya portal ini, segala urusan semakan menjadi lebih mudah dan cepat serta boleh di semak pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Cara Daftar & Log Masuk Portal Vibes 2.0
Untuk mengakses ke dalam portal ini, veteran mahupun penerima pencen perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu.
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk mengetahui cara mendaftar dan log masuk ke portal Vibes 2.0.
Cara Daftar
- Layari pautan berikut: https://vibes.jhev.gov.my/
- Klik ‘Daftar Pengguna’.
- Pilih ‘Jenis Pengguna’.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
- Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
- Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.
Rujuk infografik berikut untuk langkah yang lebih terperinci mengikut kategori;
1.Veteran Atm / Waris
2. Pengguna Dalaman
3. Syarikat
Cara Log Masuk
1. Layari pautan berikut: https://vibes.jhev.gov.my/
2. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti Jenis Pengguna, ID Pengguna dan Kata Laluan.
3. Isi Kod Pengesahan yang di paparkan.
4. Klik ‘Log Masuk’.
Cara Kemaskini Maklumat Di Portal Vibes 2.0
Untuk mengemaskini maklumat, tuan/puan boleh log masuk ke portal tersebut dan lakukan pengemaskinian maklumat. Sila muat naik dokumen yang berkaitan untuk pengesahan dan kelulusan pegawai.
Dokumen berkaitan perlu dimuat naik bagi pengemaskinian maklumat :
- Buku perkhidmatan setiap mukasurat (pengemaskinian perkhidmatan)
- Sijil lahir anak dan Mykid / Mykad (pengemaskinian maklumat anak)
- Mykad veteran dan pasangan (pengemaskinian status diri atau agama)
- Sijil nikah (jika berkaitan)
- Sijil cerai (jika berkaitan)
- Bil utiliti (untuk pengesahan alamat)
NOTA: Jika bermasalah untuk pengemaskinian, sila hantarkan pengemaskinian di ruangan aduan beserta muat naik dokumen untuk dikemaskini.
Kelebihan
Antara kelebihan portal ini adalah:
- Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
- Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
- Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
- Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.
Cara Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk mengetahui cara mendapatkan penyata pencen melalui portal ini.
- Layari Portal JHEV di pautan berikut: https://vibes.jhev.gov.my/
- Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
- Anda akan dibawa ke halaman utama.
- Pilih menu SEMAKAN PENYATA.
- Pilih TAHUN PENYATA.
- Masukkan kod pengesahan.
- Tekan butang Cetak Penyata Pencen.
- Penyata pencen akan dipaparkan seperti bawah:
NOTA:
Tambahan lagi, JHEV ATM juga ada menyediakan Sistem Penyata Online bagi memudahkan Veteran ATM untuk membuat semakan dan muat turun penyata.
Anda boleh klik pautan ini; https://penyata.jhev.gov.my/penyata/
Jadual Pembayaran Pencen JHEV 2024
- Januari : 19 / 01/ 2024
- Februari : 21 / 02/ 2024
- Mac : 21 / 03 / 2024
- April :19 / 04 / 2024
- Mei : 17 / 05 / 2024
- Jun : 12 / 06 / 2024
- Julai : 17 / 07 / 2024
- Ogos : 21 / 08 / 2024
- September : 20 / 09 / 2024
- Oktober : 22 / 10 / 2024
- November : 21 / 11 / 2024
- Disember : 18 / 12/ 2024
Nota:
> Sila pastikan akaun anda aktif untuk memudahkan penyaluran bayaran. Semak dan kemaskini akaun di portal VIBES 2.0.
> Bagi Veteran ATM yang masih belum mendaftar, sila daftar dan membuat pengemaskinian maklumat peribadi dan akaun bank setelah login disistem VIBES 2.0. Pengemaskinian perlu disertakan dengan dokumen untuk pengesahan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan/masalah berkaitan urusan berkaitan penyata pencen, anda boleh terus emelkan permasalahan dan butiran peribadi ke: [email protected], Atau, hubungi Bahagian Pengurusan Maklumat di talian: 03-2050 8088.
Sekiranya mempunyai aduan, sila layari pautan berikut: www.jhev.gov.my/aduan atau https://vibes.jhev.gov.my/portal/aduannnewiframe.asp