Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Jenis Soalan & Tips Menjawab

Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Jenis Soalan & Tips Menjawab ~ Anda telah menerima emel/panggilan untuk menjawab soalan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) secara dalam talian? 

Tahniah diucapkan. Ini bermakna permohonan anda sudah memasuki fasa seterusnya dan inilah peluang untuk anda membuktikan anda benar-benar layak untuk mendapat jawatan yang dipohon. 

Berikut dikongsikan jenis soalan serta tips-tips untuk menjawab soalan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) dengan baik. 

BACA JUGA: SPA9 – Cara Mohon Jawatan Kosong Kerajaan/Perkhidmatan Awam

Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

Ujian Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) adalah merupakan ujian saringan sebelum calon dipanggil untuk temuduga sekiranya berjaya melepasi ujian ini. 

Setiap calon yang memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam perlu menduduki ujian PSEE ini. Namun, tidak semua individu yang memohon jawatan dalam SPA akan mendapat peluang untuk menduduki ujian ini, oleh itu, jangan ambil mudah dan jawab sebaiknya. 

Jenis Soalan

Soalan dalam ujian PSEE berbentuk objektif dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. 

Dalam ujian Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), pihak SPA boleh menggunakan gabungan soalan yang terdiri daripada; 

  • Pengetahuan Am
  • Daya Menyelesaikan Masalah
  • Kefahaman Bahasa Inggeris
  • Ujian Psikometrik

Soalan akan diberikan berdasarkan jawatan yang anda pohon dan mengikut keperluan jawatan. Biasanya, semakin tinggi gred jawatan yang dipohon, semakin luas skop soalan yang ditanya. 

Format Soalan PSEE

Kemungkinan besar terdapat perubahan-perubahan tertentu untuk format soalan setiap tahun untuk setiap jawatan. 

Oleh itu, pastikan anda merujuk kandungan emel yang dihantar oleh SPA untuk mengetahui format terkini soalan PSEE yang bakal anda duduki. 

Selain itu, sila ambil perhatian juga perkara penting yang dinyatakan seperti:

  • Tarikh peperiksaan
  • Waktu & Tempoh Menjawab
  • Format Peperiksaan
  • Pautan (Link) untuk memasuki peperiksaan

Ingat, jangan terlepas pandang tarikh dan waktu peperiksaan. Catat siap-siap di tempat yang anda mudah lihat. 

BACA JUGA: UFPK – Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan

Markah Lulus PSEE

Markah untuk lulus ujian ini tidak didedahkan oleh pihak SPA. Walaubagaimanapun, pastikan anda menjawab SEMUA soalan yang diberikan agar peluang untuk anda lulus lebih tinggi. 

Usahakan jawab soalan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan dan jangan tinggalkan satu soalan pun yang tidak berjawab. 

Kotak berwarna hijau menandakan soalan sudah dijawab

Keputusan 

Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh masa 25 hari bekerja mengikut SOP Sistem Perkhidmatan Awam. Namun boleh jadi, keputusan keluar lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. 

Tips Menjawab Soalan PSEE

1. Pastikan rangkaian internet anda stabil. Sebaiknya gunakan komputer riba untuk memudahkan anda. 

2. Bersedia lebih awal untuk masuk ke pautan yang disediakan agar anda tidak kelam kabut dan dapat menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya. 

3. Ketahui format soalan (Periksa emel anda). 

4. Dapatkan idea jelas aspek penilaian di setiap seksyen. 

5. Gunakan rujukan (contoh soalan) yang terkini dan betul. Terdapat banyak contoh soalan di internet, namun pastikan anda baca/ulangkaji contoh soalan yang valid

6. Buat latihan semaksima mungkin. 

Panduan Memastikan Kestabilan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA

Panduan ringkas ini adalah bagi membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA. 

Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan gangguan terhadap capaian internet. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Virus, Malware, Spyware

Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian Internet.

Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini.

2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak)

Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda.

Pencegahan: Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masing-masing. 

Contoh:

i. Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet Explorer settings

ii. Chrome: Setting > Reset Settings

Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA.

3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)

Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online SPA.

Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum menduduki Peperiksaan Online SPA.

4. Windows Firewall

Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.

Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian

internet yang sering digunakan.

5. Fungsi Auto Update Perisian

Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda.

Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila lauari laman web rasmi SPA di pautan berikut: https://www.spa.gov.my/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: