Jenis Ikan Yang Biasa Dimakan & Didapati Di Malaysia

JENIS IKAN DI MALAYSIA

Membeli ikan dari pasar kadangkala agak mengelirukan kerana secara umumnya, semua ikan kelihatan sama sahaja!

Jadi untuk memudahkan anda mengenal pasti jenis ikan yang biasanya kita makan dan terdapat di Malaysia, mari teruskan membaca. Dengan mengetahui jenis ikan, dapatlah anda membantu ibu ayah atau isteri untuk membeli ikan di pasar ataupun pasaraya. 

BACA JUGA: Dr Kongsikan 6 Makanan Kurangkan Batuk Berkahak, Sesuai Untuk Anak!

15 Jenis Ikan Yang Biasa Didapati Di Malaysia

1. Ikan Bawal

Jenis Ikan

Ikan bawal ni mesti anda selalu lihat di pasar kan. Terdapat tiga jenis ikan bawal yang biasa berada di pasar, iaitu ikan bawal emas, bawal putih, dan bawal hitam.

Tekstur dan rasa ikan bawal putih secara umumnya adalah paling sedap dan sering menjadi pilihan popular dibandingkan dengan bawal emas dan bawal hitam. Goreng macam biasa pun dah sedap. Ikan bawal kaya dengan vitamin A, B, C, dan K, dan juga mineral fosfor dan selenium.

2. Ikan Selar

Ikan selar juga salah satu ikan yang sering dijumpai di pasar. Terdapat beberapa jenis seperti selar papan, selar jalu-jalu, selar batang, dan sebagainya. Harganya juga biasanya murah berbanding ikan jenis lain.

Ikan ini mempunyai ciri-ciri badan berwarna kuning dan sedikit berbelang. Sekali tengok, ia kelihatan seperti ikan kembung. Ikan selar sangat kaya dengan vitamin A, B, dan asid amino penting.

3. Ikan Kembung

Jenis Ikan

Ikan kembung juga merupakan ikan yang mudah didapati dengan harga yang murah di pasar. Selain itu, ia boleh dimasak dengan pelbagai cara. Goreng boleh, panggang boleh, masak singgang pun boleh.

4. Ikan Tenggiri

Ikan tenggiri atau Spanish mackerel adalah sejenis ikan yang berminyak dan kaya dengan asid lemak omega-3. Terdapat beberapa spesies ikan tenggiri yang boleh didapati di perairan Malaysia seperti tenggiri batang, tenggiri bunga, dan tenggiri papan.

5. Ikan Siakap

Ikan siakap seringkali menjadi tumpuan para pemancing kerana saiznya yang besar, boleh mencapai panjang satu meter dengan berat sehingga 25kg bergantung kepada tahap lemak. 

Isinya juga sangat sedap,  pejal dan manis. Biasanya ikan siakap dimasak sebagai hidangan ikan tiga rasa atau stim limau. Ikan siakap mengandungi sumber vitamin B1 yang baik yang sukar ditemui dalam kebanyakan jenis ikan lain.

6. Ikan Cencaru

Ikan cencaru juga sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempat rakyat Malaysia. Ikan ini terkenal dengan pelbagai jenis masakan dan kaya dengan vitamin larut lemak seperti vitamin D.

7. Ikan Merah

Seperti namanya, ikan ini juga berwarna merah. Isi ikan ini sangat lembut dan manis. Ia sesuai dipanggang, goreng atau di masak dengan pelbagai resepi. Kemerahan warna ikan merah bergantung pada usia dan keadaan sekitar.

8. Ikan Keli

Jenis Ikan

Ikan keli mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ikan ini tidak bersisik, membuatkannya mempunyai badan yang licin dan berlendir. Ikan ini selalunya digoreng dan dimasak sambal. 

9. Ikan Kerisi

Jenis Ikan

Ikan ini berwarna sedikit kemerah-merahan dan mempunyai saiz sederhana besar. Isinya amat sedap dan lembut. Penangkapan ikan ini memerlukan lesen agar ia tidak terancam oleh tangkapan yang berlebihan.

10. Ikan Tongkol

Jenis Ikan

Siapa je yang tak tahu ikan tongkol kan? Ikan tongkol mempunyai bentuk lebih kurang seperti ikan tuna, namun sebenarnya berbeza. Ikan tuna lebih selalunya lebih besar daripada ikan tongkol. 

Terdapat dua jenis Ikan tongkol iaitu tongkol hitam dan tongkol putih. Tongkol putih mempunyai jalur di bahagian atas badan ikan, manakala tongkol hitam pula tidak mempunyai sebarang jalur. 

BACA JUGA: 6 Tanda-tanda Kucing Anda Kekurangan Zat Makanan!

11. Ikan Jenahak

Jenis Ikan

Ikan jenahak terdiri daripada beberapa spesies. Biasanya anda boleh jumpai ikan jenahak merah dan ikan jenahak putih di pasar. Ikan jenahak mengandungi kandungan gizi yang kompleks dan sesuai dimasak dengan pelbagai resepi.

12. Ikan Pari

Jenis Ikan

Biasanya ikan pari yang dijual di pasar sudah dipotong-potong kecil. Rasa ikan pari sedikit unik dan memang sedap. Ia sesuai dimasak dengan pelbagai cara, antaranya masak lemak, asam pedas atau dibakar bersama arang.

Ikan pari mengandungi banyak nutrisi penting omega 3, kalium, natrium, kalsium, magnesium, tembaga, fosfor, zinc, zat besi, asid amino, serta vitamin D.

13. Ikan Patin

Jenis Ikan

Hah, siapa suka makan ikan patin? Ikan patin sangat popular dalam kalangan penduduk semenanjung Malaysia terutamanya. Ikan ini merupakan ikan air tawar yang boleh boleh ditemui di sungai dan lombong. Lazimnya ikan patin diternak oleh sebab permintaan yang tinggi. Bentuk fizikal bagi ikan ini adalah tidak bersisik, mempunyai misai dan isinya sangat lembut.

14. Ikan Kerapu

Jenis Ikan

Ikan kerapu mempunyai corak badan berbintik-bintik. Ikan ini biasanya dijual dalam harga yang tinggi terutamanya apabila ia segar. Ia merupakan jenis ikan yang berada di lautan dalam. Hidangan yang sering dijadikan dengan ikan kerapu ialah masak tiga rasa.

15. Ikan Talapia

Jenis Ikan

Ikan talapia, atau tilapia, ialah jenis ikan yang mempunyai pelbagai spesies. Ia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai. Ikan  ini berdaging putih, rendah lemak dan memiliki tekstur yang lembut. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: