‘Model Hanya Tujuan Promosi’, Kedai Gunting Rambut Nafi Tawar Khidmat Istimewa
Ingatkan di Thailand, rupanya Malaysia!
Sebuah kedai gunting rambut yang tular di media sosial semalam menjelaskan bahawa model yang digunakan sempena hari pelancarannya adalah bertujuan promosi semata-mata.
Heboh di media sosial mendakwa model seksi itu dijadikan sebagai faktor penarik, bahkan menawarkan servis istimewa untuk pelanggan.
Berdasarkan gambar yang tular, dua pekerja wanita dilihat hanya memakai pakaian dalam dan seluar pendek ketika sedang mengunting rambut pelanggan.
Penampilan yang agak seksi itu menyebabkan ramai lelaki ‘bergurau’ dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan perkhidmatan di salun tersebut.
Sebaliknya, ramai juga yang tampil membantah dan mengecam strategi marketing yang digunakan oleh pemilik salun berkenaan, selain meminta pihak berkuasa tampil mengambil tindakan segera terhadap premis itu bagi mencegah perkara yang tidak diingini berlaku.
Terkini difahamkan kedai gunting yang dikenali sebagai AJ Hair Studio itu semalam sudah diserbu oleh pihak berkuasa bagi tujuan siasatan.
Kedai gunting rambut itu turut melampirkan sebuah laporan polis yang dibuat terhadap isu viral ini.
Dalam caption ditulis bahawa kedai gunting rambut ini adalah kedai gunting rambut yang normal dan tidak sesekali menawarkan ‘servis istimewa’.
Model-model yang digunakan pada sesi penggambaran adalah sempena hari pembukaan sahaja.
Menjenguk di ruangan komen, orang ramai yang mengikuti isu ini menyatakan rasa kesal atas strategi yang digunakan oleh pemilik.
Di samping itu, masih yang bergurau dan menyatakan rasa kecewa kerana tidak berkesempatan untuk mengunjungi kedai tersebut.