Kerajaan Cadang Larang Penjualan Rokok Bagi Yang Lahir Selepas 2005
Kerajaan Cadang Larang Penjualan Rokok Bagi Yang Lahir Selepas 2005 – KKM
Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan NCD dan Kertas Putih Mengenai Penjagaan Kesihatan Masa Depan dengan Hala Tuju Pelaksanaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Oleh itu, YB Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi komitmen untuk melaksanakan undang-undang melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang dilahirkan selepas tahun 2005.
Perkara ini dimaklumkan melalui media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sebuah hantaran di Facebook.
Kerajaan Cadang Larang Penjualan Rokok Bagi Yang Lahir Selepas 2005 – KKM
Ia akan memberi impak besar dalam mencegah dan mengawal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) di Malaysia dengan
- Membentuk generasi tidak merokok
- Mencegah dan mengawal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
- Menghasilkan pendekatan ‘Kesihatan dalam Semua Polisi’
Adakah anda bersetuju dengan cadangan ini?
Baca juga:
- Sijil Vaksin MySejahtera Hilang / Tak Update? Ini Langkah Perlu Buat
- PICKIDS: Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak Akan Bermula 3 Februari 2022
Menurut Public Health Malaysia, dengan penguatkuasaan undang-undang ini, anak dan cucu kita tidak akan lagi kenal tembakau pada masa akan datang.
Malaysia juga akan mengorak langkah terbesarnya di dalam menamatkan wabak tembakau dengan merancang untuk melarang mereka yang lahir pada 2005 dan seterusnya untuk memiliki, membeli, dan menghisap rokok dan vape.
Generasi baru ini akan lebih bebas daripada ketagihan tembakau, penyakit dan komplikasi yang terjadi akibat tembakau.
Penjual rokok diwajibkan mengenalpasti pembeli tidak lahir pada 2005 dan sebelum itu.
Namun pada masa yang sama, apakah akan terjadi pada industri ini? Adakah ia pengakhiran untuk mereka jika syarikat tembakau hanya boleh menjual produk mereka kepada yang lahir sebelum 2005 sahaja. Tiada pengguna baharu daripada generasi baharu.
Jika dikira umur 75 tahun jangka hayat seorang penduduk Malaysia, syarikat tembakau berpeluang untuk berniaga selama 58 tahun lagi dengan klien sedia ada dan hanya perlu menggulung tikar pada tahun 2080.
Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen!
Sumber: KKM, Public Health Malaysia