in

Waktu Standard Malaysia : Semakan Ketepatan Jam Anda (SIRIM MST)

waktu standard malaysia
ADVERTISEMENT

Nak masuk bulan puasa ni, jom kita buat semakan ketepatan jam anda di laman web ini untuk Waktu Standard Malaysia.

Waktu standard ini ditetapkan oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (National Metrology Institute of Malaysia) iaitu sebuah agensi di bawah SIRIM.

ADVERTISEMENT

NMIM mempunyai peranan penting di dalam menyebarkan kebolehberkesanan pengukuran ke seluruh Malaysia berasaskan kepada Unit Sistem Antarabangsa.  Tanggungjawab ini adalah besar bagi memastikan bahawa infrastruktur pengukuran negara mematuhi dan bersesuaian dengan pengukuran global.

Kenapa Mesti Buat Semakan & Kemaskini Jam?

Berbuka pada masa yang tepat melengkapkan puasa anda.

Jadi, tak adalah lagi masalah tengah sahur tiba-tiba azan, atau ‘ter’berbuka awal sebab ingatkan dah masuk waktu.

Bukannya jam kita salah, cuma ia tidak dilaraskan dengan Waktu Standard di negara ini.

waktu standard malaysia

Di kesempatan ini juga, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengajak orang ramai untuk membuat semakan dan mengemaskini ketetapan jam di premis masing-masing, khususnya di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Wilayah Persekutuan.

Baca juga: Kadar Zakat Fitrah 2021 Setiap Negeri Di Malaysia (1442 H)

Cara Buat Semakan & Kemaskini Waktu Standard Malaysia

Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web MST SIRIM, selaras dengan Waktu Standard Malaysia.

Caranya:

  1. Pergi ke laman web MST SIRIM di pautan https://mst.sirim.my/
  2. Waktu Standard Malaysia (MST) akan dipaparkan.
  3. Laraskan jam anda mengikut waktu standard tersebut.
waktu standard malaysia

Baca juga: Semakan Tarikh Temujanji Vaksin COVID19 Ibu Bapa / Diri / Tanggungan

TENTANG Institut Mtrologi Malaysia (NMIM)

Bermula 30 Ogos 2007, NMIM telah dilantik sebagai Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan di bawah Seksyen 10 (a) Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 (Akta 675) untuk melaksanakan mandat Kerajaan iaitu “untuk merealisasi, menyenggara dan menyebabkan supaya disenggarakan Standard Pengukuran Kebangsaan dan Bahan Rujukan Diperakui”.

Manakala di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, NMIM bertanggungjawab melaksana secara penuh fungsi Penyimpan Timbang dan Sukat untuk melindungi kepentingan pengguna melalui perdagangan dengan penyelesaian inovatif dalam metrologi perundangan.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MyKasih Kapital: Permohonan Bantuan Modal Perniagaan Untuk Wanita

Bank Rakyat Umum Dividen 13% Bagi Tahun Kewangan 2020 (2021)