Apa Itu Visa Furada? Scam Pergi Haji Ke?
Kecoh tentang hampir 400 jemaah Haji yang dijanjikan Visa Furada terkandas di KLIA yang tidak dapat terbang ke Jeddah malam ini.
Ada jemaah yang dah buat laporan polis.
Difahamkan mereka mendaftar dengan sebuah syarikat agensi pelancongan swasta, UC Travel dan telah membuat bayaran penuh.
Ada jemaah dari Pahang, Johor, Kelantan. Difahamkan ada jemaah yang tiba sejak 28 Jun lalu.
Perkara ini menimbulkan rasa sedih dan geram, kerana seolah-olah telah tertipu dengan syarikat berkenaan.
Menurut laporan, mereka dijanjikan akan terbang ke Jeddah pada Selasa dan ada jemaah yang telah menunggu berhari-hari selepas diberitahu alasan flight delay.
Tahukah anda apa itu Visa Furada dan apakah risikonya?
Apa Itu Visa Furada dan Risikonya
Lembaga Tabung Haji pernah mengeluarkan notis agar rakyat Malaysia berhati-hati dengan Penipuan Visa Furada.
Ini kerana, saban tahun, setiap kali tiba musim haji pasti ada sahaja kes mengenai jemaah haji berdepan masalah untuk menunaikan haji.
Terkini, tular mengenai kes 380 jemaah haji terkandas di lapangan terbang KLIA dan tidak dapat menunaikan haji seperti yang dijanjikan oleh syarikat agensi pelancongan.
Mereka yang terkandas ini telah menggunakan visa Furada untuk menunaikan rukun Islam kelima. Pastilah jika kita dalam golongan menerima nasib seperti ini teramat sedih kerana persiapan semua telah dibuat tetapi terpaksa dibatalkan.
Kami kongsikan mengenai visa ini dan risiko jika mengambil visa tersebut.
Apakah Visa Furada?
Visa Furada ialah visa yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Diraja Arab Saudi di Malaysia untuk individu dan kumpulan tertentu. (Lazimnya hanya kenamaan dan pihak tertentu sahaja memperolehinya.)
Selalunya visa diproses beberapa hari sebelum tarikh dijadualkan berangkat. Jika anda pernah dengar Visa Kuota Raja Salman, ia sama dengan visa Furada.
Kenapa Bakal Jemaah Memilih Visa Furada?
Kebiasaan mereka yang memilih visa ini enggan menunggu lama untuk mengerjakan ibadat haji atau lewat/ tidak mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH).
Juga mereka yang memilih untuk menggunakan visa Furada kerana berkemampuan mahu menunaikan haji lebih daripada sekali dan ada segelintir yang mahu membawa anak remaja.
Ada juga jemaah bekerja makan gaji menggunakan visa ini kerana mahu menyempurnakan rukun Islam kelima itu ketika masih kuat serta bertenaga. Tidak dinafikan visa Furada dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding yang dikelolakan oleh Tabung Haji.
Bukanlah mengatakan visa ini tidak wujud, kerana ramai juga mereka yang menggunakan visa ini tidak menghadapi sebarang masalah.
Menurut pengguna Twitter, Faisal Rahim menerangkan secara ringkas:
Risikonya, kerana TH tidak lagi membantu mereka yang menggunakan visa ini seperti yang dimahukan Kerajaan Arab Saudi.
Jika mahu menggunakan visa ini, anda perlu membuat sedikian kajian mengenai syarikat pengendali haji yang menawarka visa tersebut, secara mudah cari organisasi yang besar.
Buat Semakan PJH Terlebih Dahulu
Bakal Haji yang mendapat Visa Furada dinasihati untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji sahaja.
Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 199t (Akta 535).
Untuk semakan senarai PJH, sila layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi THCC di talian 03-62071919.
Semoga kita semua dapat menunaikan haji tanpa sebarang masalah sebelum menemui ajal.
*Sumber: Twitter@FareezAzmann (wartawan Astro Awani), Encik #HassanKasmuri, Lembaga Tabung Haji
NOTA & PERKONGSIAN TAMBAHAN
Bagi yang tidak faham mengenai
VISA HAJI FURADA ATAU MUJAMALAH
Pertama-tama sekali, untuk makluman.
“Visa Haji (Furada atau Mujamalah) sememangnya
Wujud, tetapi bersifat akhir (last minit).”
Jemaah seharusnya juga faham dan mengerti akan risiko2 sebegini. Pihak syarikat juga perlu menerangkan kepada jemaah tentang status visa seperti ini (Supaya tidak berlaku overclaiming).
Antara kelebihan PERGI Haji menggunakan Visa Furada atau Mujamalah ini ialah:
1) Tidak perlu untuk mendaftar Haji dengan Tabung Haji
2) Tidak perlu menunggu giliran, bila tahun untuk mengerjakan haji.
3) Fasiliti dan suasana di khemah-khemah Mashaer Haji juga agak berbeza (selesa).
4) Boleh pilih jumlah hari pakej.
Ada segelintir syarikat yang tamak dan berani mengambil pendaftaran sehingga mencecah 300 pendaftaran dalam satu-satu masa dan mereka sendiri tahu bahawa Visa Haji (Furada atau Mujamalah) tiada jaminan akan lulus kesemuanya.
Ada juga syarikat yang sengaja mengambil kesempatan kepada bakal jemaah haji ini dengan mengatakan kononnya boleh buat haji menggunakan Visa Pelancong.
Arab Saudi dah pesan awal-awal
“لا حج بلا تصريح”
Oleh itu, kepada syarikat pengendali yang mempunyai jemaah yg ramai (Yang beratus-ratus bakal jemaah ni).
Jika tidak mampu “CONFIRMED” mengenai “KELULUSAN VISA HAJI” dan tidak mampu untuk berdaftar sebagai Syarikat “PJH”.
Saya sarankan agar buat kolaborasi bersama
Syarikat yang berdaftar sebagai “PJH” yang di kelola oleh TH.
Sesungguhnya Visa Furada dan Mujamalah Itu adalah BENAR (Wujud).
Yang menjadi FITNAH Kepada visa Ini adalah segelintir syarikat/individu yang nak kaut keuntungan tanpa memikirkan penat jerih orang lain dan juga kepada yang suka buat palatao.
Sekian.
توك شيخ الحرمين
- Alumni Dan Petugas Haji Furada / Mujamalah 2019
(Maktab 96)
Terima Kasih : محمد صوفي المدينة