Kes Positif 8290 Hari Ini, Bilangan Brought In Dead Turut Meningkat
Kes COVID 19 yang dilaporkan hari ini terus meningkat seperti yang telah dijangka.
Hari ini, kes positif mencatatkan rekod tertinggi lagi dengan 8,290 kes.
Sehingga 28 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,290 kes (549,514 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,052 (179,502)
Sabah – 308 (61,582)
Johor – 762 (56,993)
WPKL – 830 (56,862)
Sarawak – 698 (45,436)
Pulau Pinang – 421 (27,705)
Kelantan – 851 (25,574)
Negeri Sembilan – 520 (24,686)
Perak – 405 (19,895)
Kedah – 544 (17,555)
Melaka – 380 (11,192)
Pahang – 254 (8,903)
Terengganu – 207 (8,164)
WP Labuan – 6 (3,170)
WP Putrajaya – 44 (1,822)
Perlis – 8 (473)
Kes Brought In Dead Semakin Meningkat
Kes Brought In Dead (BID) semakin meningkat.
BID adalah kes kematian di luar hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan COVID-19.
Baca juga: Misteri ‘Happy Hypoxia’: Nampak Tenang & Ceria Ketika Tubuh Kekurangan Oksigen
*Dua petugas di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh melakukan ujian calitan ke atas mayat bagi kes BID.
Berikut contoh tiga senario yang mungkin berlaku.
Senario 1
Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan #COVID19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.
Senario 2
Didapati positif COVID-19. Telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta. Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke PKRC atau hospital.
Senario 3
Hilang deria rasa dan sangat letih tapi tidak mengambil serius gejala-gejala ini.
Hanya berehat di rumah. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.
3 senario ini dikongsi Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi.
Tindakan utama kita ialah lindungi diri daripada COVID-19.
Jika anda bergejala, lakukan ujian saringan. Jangan tunggu gejala menjadi semakin teruk seperti sukar bernafas terutama melibatkan golongan berisiko tinggi.
Duduk di rumah. Keluar hanya perlu (bekerja atau beli barang keperluan) dengan patuh sepenuhnya SOP.