Tips Memilih Periuk. Ini Jenama Terbaik Pilihan Popular

Memasak memang seronok, namun memasak dengan menggunakan kuali yang tidak berkualiti akan mengganggu mood memasak. Ini kerana kuali yang tidak berkualiti kadang kala akan mengganggu kualiti masakan.

Antara masalah yang sering dihadapi tukang masak adalah masakan melekat pada kuali, masakan menjadi cepat hangus, sukar untuk membasuh, cepat karat dan bermacam lagi.

Dipasaran terdapat pelbagai jenis kuali. Di sini kami ingin kongsikan beberapa jenis kuali dan tips membeli kuali yang mana terbaik untuk anda supaya menjadi rujukan semasa membeli kuali untuk dapur anda.

Tips Memilih Kuali

1 – Jenis Kuali

Terdapat pelbagai jenis kuali dipasaran antaranya jenis alumium, keluli, enamel serami, salutan teflon, titanium, marmar dan pelbagai lagi. Setiap jenis kuali ini mempunyai kelebihan masing-masing seperti tidak melekat, ringan, senang di basuh dan pelbagai lagi.

2 – Saiz Kuali

Kedalaman kuali juga penting kerana ianya akan menentukan kuatiti makanan yang boleh anda masak. Semakin besar kuali semakin banyak kuantiti makanan boleh dimasak.

3 – Pemegang

Sesetengah kuali mempunyai pemegang yang diskru. Ada juga yang pemegangnya datang bersama dengan dengan kuali. Kelemahan pemegang yang diikat skru ialah lama kelamaan ianya akan longgar.

4 – Permukaan Kuali

Ada jenis kuali permukaannya rata dan ada yang melengkung. Bergantung kepada penggunaannya, jika digunakan untuk membakar lebih sesuai digunakan dengan permukaan rata. Jika menggoreng nasi lebih sesuai kuali melengkung.

1 – Tefal

2 – Dessini

3 – Iris Ohyama

4 – Velosan

5 – Jeetee

6 – Carote

7 – Casablanca

8 – Tecpac

9 – Russel Taylor

10 – LaFamille

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: