PICKIDS: Cara Daftar Vaksin COVID-19 Kanak-kanak 5-11 Tahun

PICKIDS: Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022 ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh JKJAV dan KKM dalam status hantaran terkini di Facebook bertarikh 19 Januari 2022.

Untuk makluman ibu bapa, setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini.

Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan.

vaksin covid kanak-kanak pickids
Sumber: https://www.facebook.com/jkjavmy/posts/236751455307180

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumumkan dalam sidang media yang lalu bahawa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD @ DCA) telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Mesyuarat PBKD kali ke-368 yang bersidang hari ini bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin berkenaan.

Ini bakal menyaksikan kali pertama golongan berusia itu menerima vaksin di negara ini.

PICKIDS: Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak

vaksin covid kanak-kanak pickids
Sumber: https://www.facebook.com/jkjavmy/posts/236815755300750

Baca juga:

“Vaksin Comirnaty yang diluluskan untuk imunisasi Covid-19 kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

“Sediaan ini mempunyai kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.

Khairy berkata, PKBD juga meluluskan vaksin Comirnaty dengan formulasi baharu (Tris/Sucrose) yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi dan mempunyai tempoh jangka hayat yang lebih panjang iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (satu bulan) apabila disimpan pada suhu 2 darjah Celsius hingga 8 darjah Celsius selepas dinyahbeku.

“Indikasi Comirnaty (Tris/Sucrose) ini adalah untuk imunisasi Covid-19 kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.

“PBKD juga memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Convidecia (CanSino) sebagai dos penggalak kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas dengan sela masa 3 hingga 6 bulan selepas menerima dos pertama daripada vaksin yang sama,” katanya.

Berkait isu yang sama, KKM telah menubuhkan Jawatankuasa Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (CITF-C) untuk menjalankan pelaksanaan Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kanak-kanak / PICKIDS).

Menurutnya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Sebelum ini kerajaan menubuhkan COVID-19 Remaja (CITF-A) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B)

PICKIDS : Cara Daftar Vaksin Kanak-kanak 5-11 Tahun

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran vaksin COVID-19 kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun melalui aplikasi MySejahtera.

  1. Pergi ke laman utama aplikasi MySejahtera
  2. Tekan butang Vaksinasi COVID-19
  3. Daftarkan anak anda sebagai tanggungan vaksinasi
  4. Pilih anak anda yang ingin diberikan vaksin COVID-19
  5. Selepas didaftarkan, sila tunggu untuk pautan janji temu yang akan diberikan secara berperingkat. Sila semak MySejahtera dari semasa ke semasa.

Sumber: KKM, JKJAV

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: