Gara-Gara Dakwa ‘HIV’ Hukuman Daripada Tuhan, Penolong Pegawai Perubatan Ini Dikecam

Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang pegawai perubatan lelaki menjelaskan keadaan seseorang yang dijangkiti HIV.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada sesiapa yang melihatnya keraan pemuda tersebut mendakwa pesakit yang menghidapi HIV ini merupakan balasan daripada tuhan.

Dakwaan seperti ini sebenarnya tidak wajar diperkatakan lebih-lebih lagi hal ini merupakan isu yang sangat sensitif kepada pesakit. Tambahan lagi, stigma seperti ini boleh melumpuhkan usaha kerajaan bagi menentang stigma tentang HIV kepada masyarakat umum.

muda yang dikenali sebagai Mohd Izham, seorang penolong pegawai perubatan perubatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis sudah pun menutup akaun TikTok beliau, sehari selepas videonya tular di media sosial.Video yang mula tular sejak semalam itu memaparkan Mohd Izham memberitahu pengikutnya tentang seorang pesakit yang mengaku mempunyai beberapa pasangan seksual setelah didapati positif HIV

https://twitter.com/ardnie/status/1442714614882451458?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1442714614882451458%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fpegawai-perubatan-dikecam-gara-gara-dakwaan-hiv-adalah-hukuman-dari-tuhan%2F

Di dalam video tersebut, Izham berkongsi cerita tentang pesakitnya bernama Azrul yang datang mengadu kepadanya mengenai masalah kesihatan yang dialami olehnya di bahagian kemaluan.

“Samada tiga benda.. satu HIV, yang kedua Sifilis dan yang ketiga Gonorrhea, jadi dia menjalani ujian darah,” kata Mohd Izham dalam video tersebut sambil berkongsi mengenai kudis yang dia lihat pada pesakit tersebut.

“Azrul ni memang ada HIV. HIV positif boh..,” tambahnya. Dia yang mempunyai 137,000 pengikut, juga menyatakan rasa terkejut ketika mendengar cerita mengenai ‘skandal’ Azrul.

“Tuhan menciptakan HIV [sebagai] hukuman bagi mereka yang telah melakukan hubungan seks di luar nikah,” katanya kemudian, mendesak mereka yang melakukan hubungan seks sebelum menikah untuk ‘bertaubat.’

Komen orang ramai
Setakat ini masih tiada apa-apa kenyataan yang dibuat oleh pihak klinik dan KKM. Difahamkan bahawa akaun media sosial Mohd Izham sudahpun ditutup untuk tatapan umum. Sejak video itu tular di laman Twitter, ia telah ditonton oleh ribuan orang.

Walaupun video itu berisi nasihat yang baik, namun untuk menghukum seseorang disebabkan masa lalu dan kisah peribadinya adalah salah bagi seorang pengamal perubatan.

Kena fikir dahulu sebelum berkata apa-apa ya.

Sumber: The Vocket

Baca juga: Wanita Kongsi Rahsia Kulit Flawless, Guna Bedak Nyonya Je. Jimat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: