Benarkah Akan Ada Dos Keempat Vaksin? Ini Jawapan Menteri Kesihatan
KUALA LUMPUR: Keperluan untuk memberikan lebih daripada satu dos penggalak / dos keempat diputuskan berdasarkan kajian dan respons ‘evidence-based’, tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata demikian menjawab ‘kemarahan’ seorang pengguna media sosial berhubung kajian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan suntikan dos keempat.
Ia susulan laporan yang dimaklumkan bahawa kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos keempat, susulan ancaman penularan jangkitan Omicron.
Pihaknya turut mengambil maklum kajian yang mendapati pemberian dos penggalak pfizer kepada penerima suntikan primer jenis sinovac adalah tidak mencukupi bagi membendung jangkitan varian berkenaan.
Jelas Khairy, apa yang diketahui, setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan ketahanan penerima terhadap COVID-19.
“Lebih dari itu, kita kaji dari masa ke semasa bila data saintifik baharu muncul.”Yang penting respons kita ikut data yang baharu. Ini yang dimaksud respons yang evidence-based,” demikian tulis Khairy dalam entri di laman Twitter, pada Ahad.
Terdahulu, Khairy berkata Kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat berikutan ancaman penularan Omicron.
Kajian itu dibuat kepada penerima vaksin Sinovac yang diberikan suntikan dos penggalak Pfizer.
Jelas Khairy, respons kementerian akan berubah mengikut kepada kesan mutasi.
Katanya, ketika vaksin COVID-19 dibangunkan, belum ada sebarang varian Delta atau Omicron dikenalpasti.
Baca juga:
- Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM10,000
- RASMI: Tarikh Buka Sekolah KPM Susulan Banjir & Jadual Penggiliran
- Ibu Kongsi Detik Cemas Tangan Anak Tercucuk Sikat, 3 Hari Ditahan Wad
“SARS-CoV2 adalah ‘novel’ coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi.
“Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah.
Di sesetengah negara, flu jab diambil setiap tahun,” ujarnya.
Sebelum ini, Reuters melaporkan kajian mendapati penerima Sinovac dengan dos penggalak Pfizer menghasilkan tindak balas antibodi terhadap Omicron yang serupa dengan mereka yang menerima vaksin mRNA dua dos tanpa penggalak.
Sumber: Astro Awani, Buletin TV3