Ibu Kongsi Detik Cemas Tangan Anak Tercucuk Sikat, 3 Hari Ditahan Wad
IBU KONGSI DETIK CEMAS TANGAN ANAK TERCUCUK SIKAT, 3 HARI 4 MALAM DI WAD
Dalam membesarkan anak, tentu ada perkara yang berlaku tanpa diduga.
Kadang-kadang tengah elok bermain dengan seronok, tiba-tiba keadaan boleh bertukar cemas, panik dan risau.
Namun semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Begitulah yang dikongsikan oleh Puan Rabiah Senik melalui hantarannya di Facebook baru-baru ini.
Diharap dengan perkongsian ini ibu bapa lebih alert dan mengambil pengajaran agar lebih berhati-hati.
Ikuti perkongsiannya di bawah.
Ibu Kongsi Detik Cemas Tangan Anak Tercucuk Sikat, Kena Bedah Untuk Keluarkan
Kejadian anak tercucuk sikat menyebabkan anak terpaksa ditahan 4 hari 3 malam di wad dengan ditemani suami.
Saya sendiri menguruskan 3 anak kecil di rumah.
Bila kenangkan balik rasa sayu sangat, ku kira tak kuat tapi Allah izinkan juga untuk dijalani.
Semoga anakanda cepat sembuh. Sekarang tengah jaga luka jahit.
Last but not least, semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi – baik untuk anak-anakku, juga buat anak-anak orang lain.
Satu je kita pegang, beringat atau tak beringat, kalau benda Allah nak izin terjadi, maka terjadi juga..kun fayakun..Allah uji sebab sayang.
Cerita pada setiap gambar.
Saya simpan untuk dikenang pada masa akan datang.
Antara proses membesarkan anak-anak. Pasti diuji.
Baca juga:
- 6 Beradik Deko Rumah Mak Ayah 100% Baru, Musnah Selepas 8 Jam
- Viral Di Tiktok, Ini Resepi ‘Rain Drop Cake’ Yang Mudah & Sedap
Terima kasih pada family & kawan-kawan yang mendoakan dan bertanya khabar. Ternyata saat-saat genting saat diuji kita sangat memerlukan sokongan orang terdekat.
Sayang semua.
(Kredit link perkongsian asal: Rabiah Senik)