Viral Di Tiktok, Ini Resepi ‘Rain Drop Cake’ Yang Mudah & Sedap

Pernah viral di Tiktok, agar-agar yang dikenali sebagai rain drop cake ini kembali dikongsikan di media sosial.

Ia berasal dari Jepun dan diperbuat daripada agar-agar dan gula merah.

Ia mendapat nama daripada bentuknya yang jernih seperti titisan embun.

Di sini kami siarkan resepi yang dikongsikan oleh Siti Masitah di Facebook.

Baca juga:

Resepi Rain Drop Cake

Dia nih la yang duk viral kat tik tok skang nih kannn heheheh

Maksu pun terjebak jugakkkk

Apa ke nama kuih nih…

Haaaa!! Rain drop cake katernya heheheh.

Nih guna agaq-agaq serbuk swan tu jaaa

Balance ayaq gula lopez tu kita tuang dalam tu

Soy bean powder xdak, saja nak test ja rupa dia hehehe

Memang dia lembut macam air embun pagi gitewww

Kalo komer nak buat main-main boleh try.

Resepi rain drop cake
Resepi rain drop cake

Bahan-bahan

  • 1/2 tbs serbuk agar-agar swallow layang2
  • 1 tbs gula castor ( gula nih xcukup komer kena tambah, maksu just nk tgk texture ja,) tambah la gula kalu nak ya
  • 700ml air

Cara-cara

Rebus sampai mendidih, cari mangkuk dalam nya membulat mcm acuan lompang tuuuu…

Maksu guna mangkuk tupperware heheheh, hentammm ja

Hiasan dia

  • air gula melaka
  • soy bean powder yang dipanggang
Inilah tepung kinako soybean tu

Bila dah tabur tepungnya macam ni lah rupa hasilnya.

Bagi yang tak ada serbuk tu, bolehlah ikut cara Puan Malnorashima Bt Ismail, hanya tabur kacang tanah yang di sangai dan blend.

@audreysaurus

RAINDROP CAKE aka mizu shingen mochi aka.. edible water?! 💦

♬ the times we spent together – Rook1e

Selamat mencuba!

(Sumber: Siti Masitah Awangkechik Full / Malnorashima Bt Ismail)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: