Ini Nasihat Pakar Jika Anda Ada Anak Kecil Sebelum Pulang Ke Kampung
Pengumuman kelonggaran untuk merentas negeri sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia setelah sekian lama tidak pulang ke kampung halaman masing-masing.
Kesesakan lebuh raya menunjukkan rakyat Malaysia meraikan pengumuman tersebut sebagai tanda ‘kebebasan’ selepas hampir setahun pergerakan dibataskan akibat perlaksanan PKP semula.
Namun perlu diingat bahawa ancaman wabak Covid-19 masih belum berakhir. Walaupun trend pesakit positif Covid-19 menampakkan penurunan selepas peningkatan suntikan vaksin bagi orang dewasa, perlu diingat masih ada kelompok yang belum menerima vaksin.
Baca juga: Normalkah Kalau Gigi Kanak-kanak Jarang? Ini Penjelasan Doktor Gigi
Kelompok yang belum menerima vaksin khususnya kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan warga emas yang tidak boleh divaksin disebabkan masalah kesihatan adalah berisiko dijangkiti wabak Covid-19 jika terdedah dengan kelompok yang menjadi pembawa wabah terbabit.
Justeru itu, ini nasihat pakar jika anda ada anak kecil semasa rentas negeri.
1. Tidak Singgah, Terus Balik Kampung
Walaupun sudah boleh merentas negeri, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun menasihati agar tidak berkunjung ke pelbagai lokasi sebaliknya terus pulang ke kampung.
Ini kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kita membawa pulang wabak Covid-19 dan merisikokan anak-anak dan orang tua.
2. Hadkan Pergerakan & Jaga SOP
Dr Hanafiah juga mencadangkan supaya ibu bapa mengehadkan pergerakan dengan membawa bekal makanan dari rumah agar tidak perlu singgah di kedai makan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
Jika perlu singgah di mana-mana seperti surau dan masjid, sentiasa jaga penjarakan fizikal dan semua ahli keluarga termasuk anak-anak kecil, wajib sanitasi tangan.
Baca juga: Bayi Jatuh Katil Meninggal Dunia, Alami Retak Kepala
3. Melakukan Ujian Kendiri
Dr Hanafiah turut menggalakkan setiap ahli keluarga yang pulang ke kampung halaman melakukan ujian kendiri secara berkala sebagai saringan awal sepanjang berada di kampung, sekali gus melindungi diri dan juga ahli keluarga yang lain daripada dijangkiti wabak Covid-19.
4. Tidak Membawa Anak Ke Tempat Tumpuan
Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital Universiti Teknologi MARA Prof Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail pula menasihatkan ibu bapa tidak membawa anak mereka ke tempat tumpuan orang ramai.
Ini kerana kerana adalah sukar untuk mengawal pergerakan anak yang berusia lima tahun ke bawah untuk mematuhi SOP. Selain itu, kanak-kanak juga tidak digalakkan memakai pelitup muka kerana boleh menyebabkan kesukaran bernafas, jadi golongan itu amat terdedah dengan wabak Covid-19.
Baca juga: Ibu Kongsi Tips Ajar Anak Membaca Cara Santai & ‘Fun’. Tahu-tahu Je Dah Lancar!
5. Lengkapkan Bayi Dengan NIP
Bagi yang ada anak berumur 5 tahun dan ke bawah, Dr Ahmad Izuanuddin yang merupakan pakar perubatan dalaman (umum) dan perubatan respiratori, menyarankan ibu bapa udah dilengkapi pelalian yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) pada anak mereka.
NIP katanya boleh melindungi golongan itu daripada penyakit berkaitan pernafasan, terutamanya influenza, radang paru-paru (pneumonia), batuk kokol dan haemophilus influenzae.
Sumber: Awani