in

Bayi Jatuh Katil Meninggal Dunia, Alami Retak Kepala

bayi jatuh katil
ADVERTISEMENT

Dungun: Bayi lelaki berusia 14 bulan yang mengalami pendarahan dan retak kepala dipercayai jatuh dari katil di rumah pengasuhnya di Paka dipercayai ketika sedang bermain telah meninggal dunia jam 10 malam tadi.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu menerusi Harian Metro.

ADVERTISEMENT

Katanya, mangsa yang sebelum itu tidak sedarkan diri dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ Kuala Terengganu kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Baca juga: Layanan ‘Dine in’ Dalam Kenderaan Tak Dibenarkan, Langgar SOP

bayi jatuh katil

Bayi Jatuh Katil Alami Pendarahan Ubun & Keretakan Belakang Kepala

“Pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal namun pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (Ct Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di belakang kepala.

“Hasil soal siasat, pengasuh wanita berusia 24 tahun memaklumkan mangsa terjatuh secara terlentang dari katil dengan kepalanya terhentak di lantai ketika bermain.

Akhbar semalam melaporkan bayi lelaki berusia 14 bulan mengalami pendarahan dan retak kepala selepas dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya kelmarin.

Mangsa sebelum itu dihantar bapanya berusia 30 tahun ke rumah pengasuh jam 10.15 pagi sebelum lelaki terbabit bergerak ke kedai makan.

Bagaimanapun, lelaki terbabit menerima panggilan daripada isterinya memaklumkan anaknya mengalami masalah di rumah pengasuh sebelum dia bergegas ke rumah wanita terbabit.

Baca juga: Fenomena Istiwa’ A’dzam 28 Mei 2021: Cara Buat Semakan Kiblat Yang Tepat Di Rumah

Kes Masih Disiasat

“Pada mulanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 tetapi kini kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

“Kita akan menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

dine in dibenarkan

Layanan ‘Dine in’ Dalam Kenderaan Tak Dibenarkan, Langgar SOP

MySejahtera Pantau Rekod Masa 2 Jam Di Kedai, Mall & Premis Peruncitan